expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 27, 2016

Bercuti di Sanctuary Resort Cherating


Sebelum berakhir tahun 2016, sempatlah juga kami pergi bercuti. Bukan jauh pun, cuma di Cherating, Pahang. Dalam cuaca yang tidak menentu, hujan sana sini, akhirnya sampai juga ke sini buat pertama kalinya. Resort penginapan kami ialah Sanctuary Resort Cherating. Resort berkonsepkan apartmen ini cukup selesa untuk percutian bersama keluarga. Tidak hairanlah resort ini juga turut menjadi pilihan untuk pelbagai aktiviti secara berkumpulan seperti hari keluarga, kem motivasi, juga sebarang kursus.

Tuesday, December 20, 2016

Padel Boat @ Pusat Rekreasi Pantai Sri 7


Sekian lama tidak ke Pantai Sri Tujuh, kali ini saya ke sana, bawa anak-anak. Pada awalnya kami hanya ingin meninjau keadaan pantai, dengan kata lain, jalan-jalan tengok pantai. Maklumlah keadaan cuaca tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas. Nampak padel boat dekat Pusat Rekreasi Pantai Sri 7, anak-anak apalagi... nak naik benda tu! Kebetulan cuaca pada masa tersebut mendung saja, jadi kami pun mencuba padel boat ini.

Saturday, December 17, 2016

Western Food di Bro Din Station, Ketereh


Seminggu dua ini viral juga di FB pasal pembukaan restoran baharu, Bro Din Station di Ketereh, Kelantan. Biarpun jarak dari rumah saya untuk ke sana mengambil masa setengah jam juga, tapi keinginan untuk mencuba, telah membawa kami ke sini. Alhamdulillah, sampai juga kami ke Bro Din Station, Ketereh. Restoran merah berkonsep terbuka ini terletak di sebelah kanan jalan, kalau anda dari Melor menghala ke Ketereh, (sebelum lampu isyarat pekan Ketereh). Dibuka bermula jam 5 petang hingga 1 pagi, menawarkan pelbagai menu, western dan masakan tempatan. Harga yang ditawarkan memang berpatutan dan semestinya sedap!

Wednesday, December 14, 2016

Hari Keluarga di Pantai Bukit Keluang, Terengganu


Bukan senang untuk berkumpul semua ahli keluarga pada satu-satu masa. Alhamdulillah kami dapat berkumpul lengkap satu keluarga baru-baru ini di Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Aktiviti santai seperti makan-makan, mandi-manda dan main-main bermula dari pagi hingga petang. Seronok juga dapat melupakan sejenak masalah dunia dengan bersantai bersama keluarga di samping melihat keindahan pantai Bukit Keluang. Pemandangan di sini sangat cantik, sesuai bagi mereka yang ingin menghayati kecantikan alam, mahupun mengabadikannya dalam kamera dan telefon pintar masing-masing. Entri ini saya kongsikan sebahagian foto untuk kenangan kami sekeluarga.

Monday, December 12, 2016

Beli Pasir untuk Tandas Kucing


Ada yang bertanya saya nak buat apa beli pasir selori?(opsss bukan selori yang besar tu, cuma anak lori saja). Serba salah juga nak beritahu. Maklumlah, bukan ada projek renovation rumah pun. Sebenarnya pasir itu untuk dijadikan tandas bagi 2 ekor kucing peliharaan kami, Haha... Sebelum ini kami gunakan pasir khas sebagai tandas kucing. Sekarang kucing-kucing itu semakin besar. Jadi eloklah disediakan tandas terbuka untuknya. Sekurang-kurangnya saya tak perlu lagi membersihkan najis kucing setiap pagi dan petang dalam pasir khas sebelum ini.

'Bekwoh' Shikin & Fazlan

  

Setiap kali cuti sekolah, mesti ramai yang melangsungkan perkahwinan. Senanglah saudara mara jauh dekat untuk datang berkunjung. Entri kali ini saya paparkan satu lagi majlis kesyukuran perkahwinan anak saudara kami, Shikin dengan pasangannya Fazlan. Majlis di Melor, Kelantan ini berlangsung dengan meriah dengan kehadiran keluarga terdekat dan para jemputan. Selamat Pengantin baru buat Shikin dan Fazlan. Semoga berbahagia selamanya.

Wednesday, December 7, 2016

Gigih Memotong Rumput agar Halaman Nampak Kemas


Setelah berpenat lelah selama 2 hari inilah hasilnya! Gigih saya usahakan memotong rumput dalam cuaca yang tidak menentu, sekejap hujan, mendung dan adakalanya panas terik. Semata-mata ingin melihat halaman yang kemas, akhirnya berbaloi juga. Kalau sebelum ini, padang depan rumah tu tak sempat nak tengok keseluruhannya kemas. Maklumlah, satu kawasan berumput pendek, kawasan lain panjang pula! Oh ya, kenapa ambil masa lama sangat potong rumput? memang lambat sebab saya guna tenaga empat kerat seorang diri untuk keseluruhan kawasan.