expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, October 28, 2017

Apa jadi kalau Pelajar tingkatan 2 Memasak?


Berbakat juga anak-anak pelajar tingkatan 2 SMKAM ni memasak. Macam-macam masakan ada. Semua nampak sedap! Selain dapat memupuk kerjasama, pertandingan memasak ini juga dapat mengasah bakat dan kreativiti pelajar menyiapkan hidangan secara berkumpulan. Para juri pun sukar nak menentukan pemenang. Jom tengok koleksi foto yang sempat saya rakam.

Monday, October 23, 2017

Tempat-tempat Menarik di Sungai Petani


Anda bercadang ke Sungai Petani? atau sedang berada di Sungai Petani? Jom saya kongsikan beberapa tempat menarik untuk anda lawati, berdasarkan pengalaman saya sendiri ke sana baru-baru ini. Menara Jam Besar terletak di bandar Sungai Petani, dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Marry.

Sunday, October 22, 2017

Jom ke Pantai Merdeka


Ada satu lagu lama, kalau tak salah saya nyanyian kumpulan Tropika, dalam liriknya menyebut nama  Gunung Jerai, Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka. Gunung Jerai saya dah sampai. Jadi Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka tu sentiasa terlintas di fikiran, suatu hari nanti saya mesti ke sana. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya kedua-dua tempat itu. Cantik tak Pantai Merdeka ni?

The Carnivall Water Park, Sungai Petani


Pertama kali saya sampai ke sini. The Carnivall Water Park Sungai Petani ini tidaklah sebesar Gambang Water park atau lain-lain taman tema air yang tersohor di Malaysia. Bagaimanapun, bagi anda yang berkunjung ke Sungai Petani, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini. Sangat sesuai untuk  seisi keluarga, khususnya yang datang bersama anak-anak.

Thursday, October 19, 2017

Apa ada di Tanjung Dawai?


Akhirnya kami sampai juga di Tanjung Dawai. Sebelum ini cuma dengar cerita dan baca dalam blog-blog orang lain jer. Nak ke sini dari Sungai Petani mengambil masa 40 minit. Berbaloi juga perjalanan yang lama apabila sampai, dapat melihat laut dan keindahan pantainya. Dari Tanjung Dawai kita dapat lihat Pantai Merdeka yang terletak bertentangan dengan Tanjung Dawai.. Apa ada di Tanjung Dawai ni?

Wednesday, October 18, 2017

Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Sungai Petani


Anda bercadang untuk ke Sungai Petani, Kedah? atau memang sedang berada di sana dan tak tahu nak ke mana-mana? Jom saya cadangkan satu tempat menarik yang patut dikunjungi, iaitu Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Kami ke sana baru-baru ini pun bukan dirancang, cuma kebetulan berada di Sungai Petani, dan google tempat-tempat menarik untuk dilawati. Muzium ini terletak kira-kira 23 km dari bandar Sungai Petani, atau kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan kereta. Apa yang menarik di sini?

Saturday, October 14, 2017

Manor Beach Resort, Besut


Kali pertama kami menginap di Manor Beach Resort, Besut, Terengganu sempena hari keluarga sekolah. Cantik juga resort yang dikelilingi kehijauan landskap pokok-pokoknya. Chalet kayunya yang bercirikan tradisional juga nampak tenang dan mendamaikan. Di sini juga dilengkapi dengan dewan, restoran dan kolam mandi.

Thursday, July 13, 2017

Jom Buat Setem Sendiri


Seronok kan kalau boleh buat setem sendiri. Bukan khayalan lagi, memang menjadi kenyataan, gambar sendiri dah boleh dijadikan setem. 20 keping setem kat atas tu cuma RM15. Setiap satu setem bernilai 60 sen dan boleh digunakan untuk sebarang urusan pos. Tahniah Pos Malaysia atas inisiatif menarik ini. Saya dah buat setem ni... tengoklah setem tu, gambar raya kami sekeluarga!

Wednesday, July 12, 2017

Gambar Raya Aidilfitri 2017 Kami!


Selamat hari raya! Agak lewat update blog pasal raya.. Sibuk beraya la tu.. hehe. Tak apalah kan, masih di bulan Syawal.  Tahun ni tema baju raya kami hijau, sempena kempen cintai alam sekitar. Ambil gambar pun ala-ala ada kaitan dengan alam sekitar. Biar nampak nostalgia! Macam biasa atur cara sempena hari raya, menziarahi sanak-saudara setakat yang sempat. Jom tengok koleksi gambar seadanya, yang tak seberapa untuk kenangan kami sekeluarga.

Monday, June 19, 2017

Poskad Animasi Aidilfitri 2017


Bahang Aidilfitri makin terasa. Tahun ini ada satu kelainan ditampilkan oleh Pos Malaysia dengan mengeluarkan poskad animasi Aidilfitri. Biasa kita lihat kad hari raya, tapi kali ini, poskad hari raya Pos Malaysia ada tarikan tersendiri. Saya telah membelinya sebagai koleksi... Nak hantar pun boleh, tapi tak tahu pula ke mana nak dialamatkan. Hehe...

Friday, May 19, 2017

Sawah Padi dan Pakaian Tradisional sempena Hari Guru 2017


Bagaikan berada di sebuah perkampungan Melayu, dengan sawah padi menghijau ditambah pula dengan pakaian tradisional Melayu. Inilah tema sambutan hari guru di SMKAM bagi tahun 2017. Cikgu-cikgu yang sporting memakai pakaian mengikut tema. Ada yang sanggup menyewa pakaian pengantin! Jangan ke tempat lain sudahlah yer! Tahniah PERTIMA 2017 yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan hari guru kali ini. Jom kita tengok koleksi gambar kenangan sepanjang sambutan tersebut.

Friday, May 5, 2017

Konsep SATU Ahmad Faiz pelajar Kelainan Upaya (OKU)


Konsep SATU yang diamalkan oleh Ahmad Faiz b Ibrahim, pelajar Kelainan Upaya (OKU) kategori Palsi Serebrum, ternyata membuahkan hasil. Beliau merupakan salah seorang pelajar terbaik STAM 2016 Kelantan yang mendapat 10 mumtaz (cemerlang). SATU yang dimaksudkan ialah SA- Sedia Awal iaitu membuat persediaan awal tentang sesuatu topik yang akan diajar oleh guru, sebelum mengikuti pembelajaran dalam kelas. T- Tumpuan iaitu memberi tumpuan atau fokus semasa guru sedang mengajar, tanpa mengalihkan tumpuan kepada perkara lain. U- Ulangkaji iaitu membuat ulangkaji terhadap pelajaran yang dipelajari.

Thursday, April 20, 2017

Rumah Shafei Menjuarai acara Perbarisan 2017


Tahniah kepada pasukan perbarisan rumah Shafie kerana telah menjuarai pertandingan perbarisan sempena Kejohanan Balapan dan Padang 2017. Naib Johan pasukan perbarisan rumah Maliki, Ketiga rumah Hanafi dan Keempat rumah Hambali. Semua pasukan perbarisan telah menunjukkan usaha dan komitmen yang tinggi untuk memastikan kejayaan rumah masing-masing.Tema perbarisan kali ini ialah pahlawan Melayu Tradisional.

Wednesday, April 19, 2017

Maliki Menjuarai Acara Tarik Tali 2017


Setiap kali berlangsungnya acara tarik tali, ramai yang tidak dapat mengawal perasaan menyokong pasukan masing-masing. Bagi peserta tarik tali pula, sepenuh tenaga digunakan untuk memastikan pasukan masing-masing memenangi acara tersebut. Tahniah kepada pasukan Maliki kerana menjuarai acara tarik tali edisi 2017. Naib johan rumah Hambali, ketiga Shafie dan keempat Hanafi. Itu salah satu acara yang berlangsung sempena Kejohanan Olahraga SMKAM kali ke-12. Sehingga entri ini ditulis, keputusan keseluruhan belum diketahui kerana beberapa acara lagi belum selesai. Jom saya kongsikan gambar koleksi peribadi sepanjang hari pertama kejohanan.

Sunday, April 9, 2017

Mug Kung Fu Panda 3 yang Comel


Comel tak koleksi mug terbaharu saya? Hehe.. Rasanya ini mug hadiah percuma kalau beli ubat gigi Darlie sebab ada nama Darlie pada mug ini. Habis tu macamana saya dapat mug ni kalau tak beli ubat gigi Darlie? Hmmm biarlah rahsia.. apa yang penting lukisan kartun Kung Fu Panda 3 ini memang comel.  Bagi peminat dan pengumpul mug, jangan lepaskan peluang untuk membuat koleksi, atau kedua-dua mug ni dah lama dalam koleksi anda.

Tuesday, April 4, 2017

Apa yang saya boleh bantu pesakit Kanser?


Membaca berita atau melihat sendiri penderitaan pesakit kanser, memberi kesedaran kepada kita betapa beruntungnya kita kerana masih diberi kesihatan yang baik dalam meneruskan kehidupan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tiada siapa yang inginkan penyakit menimpa diri. Namun segalanya telah ditentukan oleh Tuhan. Ada hikmah di sebalik apa yang ditakdirkan itu. Hidup perlu diteruskan. Apa yang boleh kita bantu untuk meringankan beban pesakit kanser?

Monday, April 3, 2017

Rakaman Seloka Bersahut Radio Kelantan FM


Akhirnya dapat juga saya menyumbangkan suara dalam rancangan Seloka Bersahut radio Kelantan FM. Hehe... Program sempena Bulan Bahasa Melayu 2017 ini berlangsung dengan penuh meriah di dewan Al Ghazali SMKAM. Selain mewakili sekolah dalam program rakaman Seloka Bersahut ini, dapat jugalah bersua muka dengan penyampai-penyampai radio  atau DJ Kelantan FM. Sebelum ini hanya mendengar suara di radio, sekarang boleh bertentang mata. 

Wednesday, March 22, 2017

Pesta Orkid & Flora 2017


Pesta Orkid dan Flora kembali lagi untuk edisi 2017. Bertempat di RTC Kelantan di Kota Bharu, pesta ini bermula 22 Mac hingga 1 April 2017. Kepada peminat orkid dan flora yang lain termasuk pokok buah-buahan, bolehlah ke sana. Karnival anjuran FAMA ini dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, dan masuk adalah percuma. Boleh segarkan mata anda dengan melihat kecantikan orkid berwarna-warni, juga bunga-bungaan lain. Pelbagai pokok buah-buahan turut dijual kepada pengunjung dengan harga yang berpatutan. Jom tengok dulu gambar yang sempat saya rakam...

Sunday, March 19, 2017

Pulau Perhentian Terengganu Memang Cantik


Sangat cantik pemandangannya! Alhamdulillah, sampai juga kami ke Pulau Perhentian buat pertama kalinya. Biarpun terpaksa menaiki bot selama 45 minit dari Kuala Besut, namun sesampainya di Pulau Perhentian... wah.. sangat cantik dengan air yang jernih dan pemandangan yang mendamaikan. Sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga bagi merehatkan minda. Entri ini saya sajikan sebahagian gambar koleksi peribadi percutian singkat dua hari satu malam saya dan keluarga di sini.

Thursday, March 16, 2017

Calon Cemerlang SPM 2016 SMKAM


Tahniah kepada Nur Aina Izzatie binti Abdul Aziz atas kejayaan menjadi antara pelajar terbaik SPM 2016 bagi negeri Kelantan. Calon SPM SMKA Melor ini memperolehi 11A (10A+ dan 1A), salah seorang daripada 7 orang calon SMKAM yang mendapat 11A bagi tahun 2016. GPS bagi SPM 2016 ialah 3.37 dengan jumlah calon yang mendapat 11A seramai 7 orang, 10A seramai 5 orang, 9A sejumlah 8 orang calon dan 8A pula 12 orang. Berikut ialah calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang.

Saturday, March 11, 2017

Makaroni Bakar Dirgahayu


Alahai sedapnya makaroni bakar, sesedap namanya, juga sesedap lagu Dirgahayu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. "Kuberikan segalanya...semua dan sesungguhnya...cinta dirgahayu...Kuterima segalanya" Kiranya nama makaroni bakar Dirgahayu tu diambil sempena judul lagu tersebutlah. Haha maklumlah, sambil makan sambil dengar lagu Dirgahayu... Biar apapun nama yang diberikan, makaroni ni tetap istimewa sebab disediakan oleh puan isteri dan anak-anak. Itulah seronoknya apabila tiba cuti hujung minggu, dapat sama-sama ke dapur menyediakan makan pagi atau makan tengah hari. Best lagi, sama-sama makan.

Sunday, March 5, 2017

Kelebihan Menghasilkan Sendiri Photobook


Sudah lama saya mengimpikan untuk menghasilkan dan memiliki photobook sendiri. Alhamdulillah, sudah menjadi kenyataan. Itulah hasilnya, kulit depan dan belakang photobook pertama saya. Sebelum ini kita hanya mendengar photobook dihasilkan untuk album perkahwinan yang disediakan oleh kedai-kedai gambar sahaja, tapi sekarang sesiapa pun boleh design isi kandungan photobook sendiri. Mudah sahaja, pilih gambar, buat sedikit editan, kemudian hantarkan kepada photobook worldwide. Dalam masa seminggu photobook akan sampai ke tangan kita.

Thursday, March 2, 2017

Pameran dan Gerai Jualan sempena Majlis Graduasi


Sibuk sekarang, tak sempat nak update blog. Maaflah kalau lama sangat tunggu saya upload gambar pameran dan gerai jualan sempena Majlis Graduasi baru-baru ini. Seronok betul anak-anak pelajar ni menyiapkan pameran dan gerai jualan. Ada gerai yang belum pukul 1 petang pun dah habis jualan. Besar sungguh kuasa beli... biarpun menggunakan kupon. hehe... Tahniah kepada PERTIMA 17 atas kejayaan mengadakan gerai jualan. Tahniah juga kepada persatuan-persatuan yang terlibat dengan pameran. Anda semua hebat! Cakap banyak pun tak guna... jom tengok gambar...

Tuesday, February 21, 2017

Majlis Graduasi SMKAM ke-2 Sesi 2016


Ekslusif koleksi foto peribadi saya sempena Majlis Graduasi kali ke-2 sesi 2016 yang berlangsung di sekolah pagi tadi. Meskipun beberapa hari sebelumnya warga SMKAM masing-masing penat bertungkus lumus membuat persiapan terakhir, semuanya terubat dengan kelancaran majlis yang penuh gilang gemilang. Alhamdulillah majlis tadi telah berjaya dilangsungkan dengan perasmian oleh Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan. Semoga ia menjadi kenangan terindah kepada calon SPM 2016. Memori bersama selama 5 tahun di SMKAM berakhir di sini, namun kemuncaknya pada 16 Mac 2017 nanti! Sama-samalah kita nantikan.

Sunday, February 19, 2017

Madu Kelulut dan Air Mata Pengantin


Kepada peminat madu kelulut, gambar di atas mungkin tidak asing bagi anda. Tapi ada juga yang tidak tahu menahu tentang proses penghasilan madu ini, cuma membeli madu yang dah siap dibotolkan di pasaran. Saya sempat melihat proses pengumpulan madu kelulut yang diusahakan oleh seorang kenalan, di kawasan rumahnya. Sebotol madu kelulut seperti dalam gambar di atas boleh mencecah sehingga RM300. Wow..lumayan!

Saturday, February 11, 2017

Malt-iQ sesuai untuk mereka yang mengamalkan Diet


Ini kisah benar, berdasarkan pengalaman sendiri. Saya telah mencuba minuman pracampur malt dan barli yang diberi nama Malt-iQ keluaran Al-Haddad Marketing SB. Minum secawan, boleh mengenyangkan dalam tempoh masa yang lama. Kalau minum sebelah petang, kenyang sampai ke malam. Kalau minum sebelah pagi, tak perlu risau cari breakfast... makan lewat pun ok lagi, tak rasa lapar. Sesuai benar bagi mereka yang ingin diet. Opsss... bukan saya yer! Saya tak diet pun, cuma kadang-kadang malas makan nasi, minum Malt-iQ pun dah kenyang.

Saturday, February 4, 2017

Jom tengok Penyu di Cherating Pahang


Jom kita tengok penyu. Kali ini bukan di Rantau Abang, tapi di Cherating, Pahang. Saya bawakan anda ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating, Pahang. Satu tempat yang mesti ada dalam jadual lawatan masing-masing sekiranya berada di Cherating. Apa yang menariknya di sini?

Wednesday, February 1, 2017

Produk Kesihatan dan Peluang Menambah Pendapatan

Sudah banyak produk kesihatan yang saya telah cuba, tapi produk keluaran Al Haddad ini benar-benar memberi keserasian kepada kami sekeluarga. Di samping produk yang berkesan (dengan izin Allah), saya juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi salah seorang ahli dalam Al Haddad Marketing. 

Jom saya terangkan keistimewaan Al Haddad Marketing ini.

1. TIADA HAD UMUR - Sesiapa sahaja boleh didaftarkan sebagai ahli Al HADDAD tidak kira anak kecil, orang dewasa, warga emas, masjid, kelab atau persatuan.
2. TANPA SYARAT JUALAN - Apabila sudah menjadi ahli, anda tidak terikat dengan syarat jualan yang ditetapkan. Anda bebas menjual sebanyak mana pun. Banyak yang dijual, banyak komisen yang akan dapat.
3. TANPA BEBANAN MAINTAIN - Anda tidak terbeban untuk membuat pembelian maintain yang tinggi. Cukup sekadar membeli minimum  1 produk sebulan kecuali Ubat Gigi Nazif, Sabun Luk Luk, Minyak VCO(120ml) dan Wangian Sunnah.
4. TANPA SISTEM POINT- Tiada sistem kumpul mata point dan sebagainya. Anda beli barang, anda dapat duit yang dipanggil 'komisen'. Ia akan terkumpul dalam sistem dan akan dikemaskini setiap bulan.
5. TANPA PANGKAT - Lebih banyak yang dijual, banyaklah komisen yang diterima. Setiap tahun AL HADDAD akan berikan insentif dalam bentuk wang, gajet, dan pakej percutian percuma kepada ahli yang melepasi syarat insentif yang telah ditetapkan oleh syarikat.
6. TIADA YURAN AHLI- Tiada yuran keahlian. Cuma perlu beli 1 produk dengan harga pasaran, dan 2 produk dengan harga ahli. Anda terus layak didaftarkan. 

Jom kita tengok produk-produk 
yang ditawarkan

Bawa Meow ke Klinik Haiwan Kota


Meow kami demam dan cirit-birit. Selera makan juga hilang. Ditambah pula murung dan sedih setelah kematian abangnya baru-baru ini. Hari ini kami sempat membawanya ke klinik haiwan, iaitu Klinik Haiwan Kota, di Padang Enggang, Kota Bharu. Meow diberi 3 jenis ubat minum dan disuntik sejarum!

Thursday, January 26, 2017

Maliki Juara Merentas Desa 2017


Tahniah kepada pasukan rumah Maliki kerana menjuarai Kejohanan Merentas Desa 2017 SMKAM. Acara yang berlangsung penuh meriah bagi edisi 2017 ini menyaksikan persaingan sengit antara 4 rumah sukan. Keputusan rasmi, Johan Maliki, Naib Johan Shafie, Ketiga Hanafi dan Keempat Hambali. Bukan sahaja pelajar, guru-guru penasihat setiap rumah sukan juga bersemangat memberi sokongan kepada rumah sukan masing-masing. Berikut koleksi foto peribadi saya sepanjang kejohanan tersebut.

Wednesday, January 25, 2017

Sticker Logo Blog KM7


Alhamdulillah, sticker yang ditempah sudahpun sampai. Bersemangat saya buat sticker logo blog Kembara Minda7.com ini. Hehe... macamlah blog popular sangat! Sekadar suka-suka saja nak buat untuk koleksi sendiri. Sticker logo blog ini saya nak lekatkan di tempat-tempat yang difikirkan sesuai. Pastinya bukan di pasar raya atau stesen bas! Lekatkan pada buku-buku dan alat tulis sendiri jer pun! Sticker berpelekat sendiri ini murah saja... mampu beli.

Thursday, January 19, 2017

Hentian R&R Perasing Berhantu?


Selesa, luas dan menarik. Itulah yang saya boleh katakan apabila pertama kali singgah di Hentian R&R Perasing, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Semuanya nampak baharu dan sangat sesuai untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. Cuma saya rasa agak hairan kerana bilangan pengguna lebuhraya yang singgah di sini tidak ramai berbanding Hentian R&R lain. Persoalan itu menjadi tanda tanya sehinggalah saya terbaca artikel Sinar Online ini...

Tuesday, January 17, 2017

Sandal Diadora Penuhi Citarasa Saya


Bukan senang untuk mencari sandal yang dapat memenuhi citarasa masing-masing. Bagi saya, sandal Diadora ini memang sesuai untuk saya. Pertama kali melihatnya, hati sudah tertawan. Baik saya beli terus, kerana kalau bertangguh, mesti satu hari nanti saya akan pergi cari semula sandal ni! Banyak kali sudah terjadi, sesuatu produk yang saya berkenan pada pandangan pertama itu, pasti akan dibeli juga suatu hari nanti biarpun beberapa kali cuba melihat produk yang lain. Berbalik kepada sandal Diaodora ini, kenapa saya beria-ia membelinya?

Sunday, January 15, 2017

Loteng @ Teluk Chempedak Waktu Malam


Pertama kali singgah di sini, ada kelainan pada namanya, Loteng. Terletak di pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Kalau datang pada siang hari kita dapat melihat pemandangan pantai Teluk Chempedak dari bahagian atas restoran ini. Waktu malam lagilah meriah di sini apabila ramai pengunjung memilih untuk bersantai pada waktu malam di Teluk Chempedak.

Saturday, January 14, 2017

Panas : Pau ayam dan Pau Cendawan


Memang panas dan sedap! Ini bukan ayam panggang, juga bukan ayam golek. Inilah pau ayam yang tengah tular sekarang. Sebelum muncul pau ayam ini, telah pun popular pau cendawan yang cantik dan sedap. Saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mencuba kedua-dua pau ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan ramai yang membeli pau ini kerana tertarik dengan rupa bentuknya. Tapi setelah merasa sendiri, barulah tahu ia memang sedap!

Thursday, January 12, 2017

Apa yang Menarik di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman?


Kalau berkunjung ke Kemaman Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman. Biarpun tidak setanding dengan Zoo Negara, tetapi cukuplah sekadar untuk berekreasi bersama ahli keluarga.  Saya dan keluarga juga baru pertama kali sampai ke sini. Dibuka bermula 9 pagi hingga 5 petang. Tiket masuk untuk dewasa RM 10, kanak-kanak RM 7 dan pelajar RM 6. 

Wednesday, January 11, 2017

Birthday : Berkongsi Bulan Kelahiran yang Sama


Selamat hari lahir kepada puan isteri, dan dua orang anak saya, Ardini dan Sadiq. Ketiga-tiga mereka berkongsi bulan kelahiran yang sama, iaitu Disember. Lama betul simpan gambar-gambar ni, tahun lepas lagi. sekarang baru boleh buat entri. Hehe.. Susah juga nak cari tarikh yang sesuai untuk membuat majlis serentak ini. Tapi Alhamdulillah, berjaya juga diadakan dengan jemputan keluarga terdekat sahaja. Berikut koleksi gambar kenangan majlis tersebut.

Sunday, January 8, 2017

Layan Sampai Kenyang, Tambah Percuma


Ketika melalui jalan di Kampung Bari Kecil, Setiu, Terengganu kelihatan satu kedai makan serba merah dengan deretan kereta di tepi jalan, dipenuhi ramai pelanggan. Kami pun berhenti untuk melihat apakah gerangan yang menarik di kedai ini. Oh... rupa-rupanya inilah kedai makan  layan sampai kenyang, tambah percuma, dengan konsep bayar dulu dan layan diri. Apa lagi, elok juga mencuba ni! 

Saturday, January 7, 2017

Kek Birthday Terakhir 2016


Selamat hari lahir kepada puan Suria, pada 31 Disember 2016 yang lalu. Inilah kek birthday terakhir daripada pelajar tingkatan 5P bagi tahun 2016 kepada guru mereka. Memang terakhir sebab tarikh birthday penghujung tahun 2016. Hehe.. Biarpun mereka sedang menunggu keputusan SPM, dan dikira sedang bercuti sekarang, tapi tetap menghantar beberapa orang wakil kelas untuk menyampaikan kek birthday kepada puan Suria. Terima kasih kepada guru tingkatan dan semua pelajar  5P tahun 2016. 

Friday, January 6, 2017

Bukit Gambang Water Park kami datang!


Bukit Gambang Water Park, Kuantan kami datang! Kunjungan kedua kami sempena cuti sekolah dan cuti Krismas, setelah sekian lama tidak ke sini. Biarpun cuaca tidak menentu dengan hujan lebat di Kuantan, kami pergi juga ke sana.  Alhamdulillah, sampai di Bukit Gambang Water Park, cuaca mendung sahaja sepanjang hari tersebut. Ramai betul pengunjung, hampir satu jam beratur untuk membeli tiket masuk. Pelampung, cabana, dan loker sudah habis disewa. Nasib baik ada bawa pelampung kecil untuk anak-anak.

Thursday, January 5, 2017

'Goreng Pisang' Crispy GPC mula mendapat Sambutan


Goreng pisang atau pisang goreng? Selalu menjadi persoalan dari segi penggunaan yang tepat dan betul. Saya lebih suka menggunakan istilah pisang goreng. Apapun, entri kali ini bukan untuk belajar tatabahasa, sebab nama Goreng Pisang Crispy (GPC) itu menjadi 'trade mark' sendiri.  Kalau dulu-dulu, kebanyakan mereka yang menjual pisang goreng ini terdiri daripada warga tua dengan resepi tersendiri. Sekarang, pisang goreng mula dijual oleh golongan muda dengan beberapa pembaharuan selari dengan peredaran masa. Tengok saja 'bunting' merah kuning yang digantung dengan perkataan 'crispy' dan 'cheese' sudah cukup membuat air liur meleleh. Hehe..