Sunday, March 19, 2017

Pulau Perhentian Terengganu Memang Cantik


Sangat cantik pemandangannya! Alhamdulillah, sampai juga kami ke Pulau Perhentian buat pertama kalinya. Biarpun terpaksa menaiki bot selama 45 minit dari Kuala Besut, namun sesampainya di Pulau Perhentian... wah.. sangat cantik dengan air yang jernih dan pemandangan yang mendamaikan. Sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga bagi merehatkan minda. Entri ini saya sajikan sebahagian gambar koleksi peribadi percutian singkat dua hari satu malam saya dan keluarga di sini.


Kami menginap di The ReeF Chalets, bersebelahan dengan Coral View Island Resort dan The Barat. Jangan bimbang untuk ke Pulau Perhentian kerana terdapat banyak resort di sini. Harga mungkin berbeza mengikut resort dan pakej yang ditawarkan. Banyak aktiviti boleh dilakukan sepanjang berada di pulau ini. Paling best, snorkling dengan menyaksikan ikan-ikan pelbagai spesies berwarna-warni. 









Kami juga sempat berkayak



Kebetulan kami bercuti pada hari Jumaat, jadi sempat solat Jumaat di masjid berdekatan. 10 minit menaiki bot dari The Reef untuk ke sana. Ramai juga jemaah yang memenuhi masjid yang terletak berdekatan perkampungan, SK Pulau Perhentian, balai polis, dan deretan kedai di jeti ini.





Saya sukakan pemandangan indah ini. Bagi mereka yang gemar merakam gambar pemandangan, sesuai sangatlah berkunjung ke sini. 









Aktiviti yang wajib dilakukan apabila berada di Pulau Perhentian ialah snorkling. Melihat ikan-ikan yang nampak jinak ini seolah-olah berada dalam akuarium yang besar. Anak-anak juga boleh bermain air di tepian yang tenang dan sangat jernih tanpa gangguan ombak.





Percutian yang sangat bermakna bagi kami, kerana lengkap satu keluarga ke sini. In sha Allah jika diberi kesempatan, boleh lagi ke sini suatu hari nanti. Kepada yang berkesempatan, bawalah ahli keluarga melancong ke sini. Anda pasti terpikat dengan panoramanya! Untuk rujukan harga pakej yang ditawarkan, boleh juga rujuk [KLIK SINI] atau juga [KLIK SINI] dan banyak lagi. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.


1 comment:

Atikahzakaria98 said...

Subhanallah...cantiknya cg..tak pernah lagi smpai kat pulau perhentian ni