expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, April 20, 2017

Rumah Shafei Menjuarai acara Perbarisan 2017


Tahniah kepada pasukan perbarisan rumah Shafie kerana telah menjuarai pertandingan perbarisan sempena Kejohanan Balapan dan Padang 2017. Naib Johan pasukan perbarisan rumah Maliki, Ketiga rumah Hanafi dan Keempat rumah Hambali. Semua pasukan perbarisan telah menunjukkan usaha dan komitmen yang tinggi untuk memastikan kejayaan rumah masing-masing.Tema perbarisan kali ini ialah pahlawan Melayu Tradisional.

Wednesday, April 19, 2017

Maliki Menjuarai Acara Tarik Tali 2017


Setiap kali berlangsungnya acara tarik tali, ramai yang tidak dapat mengawal perasaan menyokong pasukan masing-masing. Bagi peserta tarik tali pula, sepenuh tenaga digunakan untuk memastikan pasukan masing-masing memenangi acara tersebut. Tahniah kepada pasukan Maliki kerana menjuarai acara tarik tali edisi 2017. Naib johan rumah Hambali, ketiga Shafie dan keempat Hanafi. Itu salah satu acara yang berlangsung sempena Kejohanan Olahraga SMKAM kali ke-12. Sehingga entri ini ditulis, keputusan keseluruhan belum diketahui kerana beberapa acara lagi belum selesai. Jom saya kongsikan gambar koleksi peribadi sepanjang hari pertama kejohanan.

Sunday, April 9, 2017

Mug Kung Fu Panda 3 yang Comel


Comel tak koleksi mug terbaharu saya? Hehe.. Rasanya ini mug hadiah percuma kalau beli ubat gigi Darlie sebab ada nama Darlie pada mug ini. Habis tu macamana saya dapat mug ni kalau tak beli ubat gigi Darlie? Hmmm biarlah rahsia.. apa yang penting lukisan kartun Kung Fu Panda 3 ini memang comel.  Bagi peminat dan pengumpul mug, jangan lepaskan peluang untuk membuat koleksi, atau kedua-dua mug ni dah lama dalam koleksi anda.

Tuesday, April 4, 2017

Apa yang saya boleh bantu pesakit Kanser?


Membaca berita atau melihat sendiri penderitaan pesakit kanser, memberi kesedaran kepada kita betapa beruntungnya kita kerana masih diberi kesihatan yang baik dalam meneruskan kehidupan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tiada siapa yang inginkan penyakit menimpa diri. Namun segalanya telah ditentukan oleh Tuhan. Ada hikmah di sebalik apa yang ditakdirkan itu. Hidup perlu diteruskan. Apa yang boleh kita bantu untuk meringankan beban pesakit kanser?

Monday, April 3, 2017

Rakaman Seloka Bersahut Radio Kelantan FM


Akhirnya dapat juga saya menyumbangkan suara dalam rancangan Seloka Bersahut radio Kelantan FM. Hehe... Program sempena Bulan Bahasa Melayu 2017 ini berlangsung dengan penuh meriah di dewan Al Ghazali SMKAM. Selain mewakili sekolah dalam program rakaman Seloka Bersahut ini, dapat jugalah bersua muka dengan penyampai-penyampai radio  atau DJ Kelantan FM. Sebelum ini hanya mendengar suara di radio, sekarang boleh bertentang mata.