expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 4, 2017

Apa yang saya boleh bantu pesakit Kanser?


Membaca berita atau melihat sendiri penderitaan pesakit kanser, memberi kesedaran kepada kita betapa beruntungnya kita kerana masih diberi kesihatan yang baik dalam meneruskan kehidupan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tiada siapa yang inginkan penyakit menimpa diri. Namun segalanya telah ditentukan oleh Tuhan. Ada hikmah di sebalik apa yang ditakdirkan itu. Hidup perlu diteruskan. Apa yang boleh kita bantu untuk meringankan beban pesakit kanser?


Ada banyak cara mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah, saya telah menyertai program derma bulanan kepada MAKNA iaitu Majlis Kanser Negara. Setiap sumbangan akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan berkenaan. Biarpun jumlahnya tidak seberapa, namun diharapkan dapat menyumbang untuk kebaikan bersama tanpa mengira bangsa, agama mahupun pegangan politik! 

Bukan niat saya untuk membangga diri dengan derma yang tak seberapa itu. Cuma untuk berkongsi dengan semua bahawa kita boleh sama-sama membantu pesakit kanser sekadar yang mampu. Bayangkan kalau kita sendiri atau ada dalam kalangan ahli keluarga kita yang menghidap kanser, tentu kita juga mengharapkan sumbangan ramai bagi meringankan beban. Paling tidak pun, sokongan moral daripada masyarakat sekeliling.



Ini adalah salah satu buku edaran  MAKNA kepada penyumbang-penyumbang untuk melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh MAKNA untuk membantu pesakit-pesakit kanser. Selain itu, kita juga akan menerima email tentang program yang dijalankan oleh MAKNA  untuk pesakit-pesakit kanser. 



Penderma juga boleh mendapatkan pelepasan cukai apabila menyertai program derma ini. Resit derma akan diposkan kepada penderma untuk rujukan pihak LHDN. Saya rasa derma bulanan yang diperkenalkan oleh MAKNA ini sangat bagus untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk membantu. Saya memilih untuk membuat potongan bulanan menggunakan kad kredit. Ada banyak pilihan untuk menderma. Anda boleh [KLIK SINI].

Marilah kita sama-sama meringankan beban pesakit kanser. Semoga usaha dan sumbangan kecil kita ini memberi sinar dan harapan kepada mereka untuk terus menjalani kehidupan. Semoga perkongsian saya ini ada manfaatnya.


1 comment:

  1. Kita mungkin lebih bernasib baik berbanding mereka tapi dengan menderma, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka. Moga mereka kuat dalam menjalani rutin harian hendakNYA.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.