expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 3, 2017

Rakaman Seloka Bersahut Radio Kelantan FM


Akhirnya dapat juga saya menyumbangkan suara dalam rancangan Seloka Bersahut radio Kelantan FM. Hehe... Program sempena Bulan Bahasa Melayu 2017 ini berlangsung dengan penuh meriah di dewan Al Ghazali SMKAM. Selain mewakili sekolah dalam program rakaman Seloka Bersahut ini, dapat jugalah bersua muka dengan penyampai-penyampai radio  atau DJ Kelantan FM. Sebelum ini hanya mendengar suara di radio, sekarang boleh bertentang mata. 



Pengacara abe Jali dan abe Awe yang sememangnya pandai membuat lawak ini, membuatkan penonton tak kering gusi. Ada-ada saja kelakarnya. Antara DJ yang mengambil bahagian dalam seloka bersahut kali ini ialah DJ Ayie, DJ Shah dan DJ Lin. Semunya sporting la... 







Terima kasih kepada radio Kelantan FM kerana membuat rakaman Seloka Bersahut di SMKAM kali ini sempena Bulan Bahasa Melayu  2017 SMKAM. Rancangan ini akan disiarkan pada 11 April 2017 (Selasa) jam 5.30 petang di radio Kelantan FM. Sama-sama kita nantikan!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.