expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 26, 2017

Maliki Juara Merentas Desa 2017


Tahniah kepada pasukan rumah Maliki kerana menjuarai Kejohanan Merentas Desa 2017 SMKAM. Acara yang berlangsung penuh meriah bagi edisi 2017 ini menyaksikan persaingan sengit antara 4 rumah sukan. Keputusan rasmi, Johan Maliki, Naib Johan Shafie, Ketiga Hanafi dan Keempat Hambali. Bukan sahaja pelajar, guru-guru penasihat setiap rumah sukan juga bersemangat memberi sokongan kepada rumah sukan masing-masing. Berikut koleksi foto peribadi saya sepanjang kejohanan tersebut.

Wednesday, January 25, 2017

Sticker Logo Blog KM7


Alhamdulillah, sticker yang ditempah sudahpun sampai. Bersemangat saya buat sticker logo blog Kembara Minda7.com ini. Hehe... macamlah blog popular sangat! Sekadar suka-suka saja nak buat untuk koleksi sendiri. Sticker logo blog ini saya nak lekatkan di tempat-tempat yang difikirkan sesuai. Pastinya bukan di pasar raya atau stesen bas! Lekatkan pada buku-buku dan alat tulis sendiri jer pun! Sticker berpelekat sendiri ini murah saja... mampu beli.

Thursday, January 19, 2017

Hentian R&R Perasing Berhantu?


Selesa, luas dan menarik. Itulah yang saya boleh katakan apabila pertama kali singgah di Hentian R&R Perasing, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Semuanya nampak baharu dan sangat sesuai untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. Cuma saya rasa agak hairan kerana bilangan pengguna lebuhraya yang singgah di sini tidak ramai berbanding Hentian R&R lain. Persoalan itu menjadi tanda tanya sehinggalah saya terbaca artikel Sinar Online ini...

Tuesday, January 17, 2017

Sandal Diadora Penuhi Citarasa Saya


Bukan senang untuk mencari sandal yang dapat memenuhi citarasa masing-masing. Bagi saya, sandal Diadora ini memang sesuai untuk saya. Pertama kali melihatnya, hati sudah tertawan. Baik saya beli terus, kerana kalau bertangguh, mesti satu hari nanti saya akan pergi cari semula sandal ni! Banyak kali sudah terjadi, sesuatu produk yang saya berkenan pada pandangan pertama itu, pasti akan dibeli juga suatu hari nanti biarpun beberapa kali cuba melihat produk yang lain. Berbalik kepada sandal Diaodora ini, kenapa saya beria-ia membelinya?

Sunday, January 15, 2017

Loteng @ Teluk Chempedak Waktu Malam


Pertama kali singgah di sini, ada kelainan pada namanya, Loteng. Terletak di pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Kalau datang pada siang hari kita dapat melihat pemandangan pantai Teluk Chempedak dari bahagian atas restoran ini. Waktu malam lagilah meriah di sini apabila ramai pengunjung memilih untuk bersantai pada waktu malam di Teluk Chempedak.

Saturday, January 14, 2017

Panas : Pau ayam dan Pau Cendawan


Memang panas dan sedap! Ini bukan ayam panggang, juga bukan ayam golek. Inilah pau ayam yang tengah tular sekarang. Sebelum muncul pau ayam ini, telah pun popular pau cendawan yang cantik dan sedap. Saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mencuba kedua-dua pau ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan ramai yang membeli pau ini kerana tertarik dengan rupa bentuknya. Tapi setelah merasa sendiri, barulah tahu ia memang sedap!

Thursday, January 12, 2017

Apa yang Menarik di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman?


Kalau berkunjung ke Kemaman Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman. Biarpun tidak setanding dengan Zoo Negara, tetapi cukuplah sekadar untuk berekreasi bersama ahli keluarga.  Saya dan keluarga juga baru pertama kali sampai ke sini. Dibuka bermula 9 pagi hingga 5 petang. Tiket masuk untuk dewasa RM 10, kanak-kanak RM 7 dan pelajar RM 6. 

Wednesday, January 11, 2017

Birthday : Berkongsi Bulan Kelahiran yang Sama


Selamat hari lahir kepada puan isteri, dan dua orang anak saya, Ardini dan Sadiq. Ketiga-tiga mereka berkongsi bulan kelahiran yang sama, iaitu Disember. Lama betul simpan gambar-gambar ni, tahun lepas lagi. sekarang baru boleh buat entri. Hehe.. Susah juga nak cari tarikh yang sesuai untuk membuat majlis serentak ini. Tapi Alhamdulillah, berjaya juga diadakan dengan jemputan keluarga terdekat sahaja. Berikut koleksi gambar kenangan majlis tersebut.

Sunday, January 8, 2017

Layan Sampai Kenyang, Tambah Percuma


Ketika melalui jalan di Kampung Bari Kecil, Setiu, Terengganu kelihatan satu kedai makan serba merah dengan deretan kereta di tepi jalan, dipenuhi ramai pelanggan. Kami pun berhenti untuk melihat apakah gerangan yang menarik di kedai ini. Oh... rupa-rupanya inilah kedai makan  layan sampai kenyang, tambah percuma, dengan konsep bayar dulu dan layan diri. Apa lagi, elok juga mencuba ni! 

Saturday, January 7, 2017

Kek Birthday Terakhir 2016


Selamat hari lahir kepada puan Suria, pada 31 Disember 2016 yang lalu. Inilah kek birthday terakhir daripada pelajar tingkatan 5P bagi tahun 2016 kepada guru mereka. Memang terakhir sebab tarikh birthday penghujung tahun 2016. Hehe.. Biarpun mereka sedang menunggu keputusan SPM, dan dikira sedang bercuti sekarang, tapi tetap menghantar beberapa orang wakil kelas untuk menyampaikan kek birthday kepada puan Suria. Terima kasih kepada guru tingkatan dan semua pelajar  5P tahun 2016. 

Friday, January 6, 2017

Bukit Gambang Water Park kami datang!


Bukit Gambang Water Park, Kuantan kami datang! Kunjungan kedua kami sempena cuti sekolah dan cuti Krismas, setelah sekian lama tidak ke sini. Biarpun cuaca tidak menentu dengan hujan lebat di Kuantan, kami pergi juga ke sana.  Alhamdulillah, sampai di Bukit Gambang Water Park, cuaca mendung sahaja sepanjang hari tersebut. Ramai betul pengunjung, hampir satu jam beratur untuk membeli tiket masuk. Pelampung, cabana, dan loker sudah habis disewa. Nasib baik ada bawa pelampung kecil untuk anak-anak.

Thursday, January 5, 2017

'Goreng Pisang' Crispy GPC mula mendapat Sambutan


Goreng pisang atau pisang goreng? Selalu menjadi persoalan dari segi penggunaan yang tepat dan betul. Saya lebih suka menggunakan istilah pisang goreng. Apapun, entri kali ini bukan untuk belajar tatabahasa, sebab nama Goreng Pisang Crispy (GPC) itu menjadi 'trade mark' sendiri.  Kalau dulu-dulu, kebanyakan mereka yang menjual pisang goreng ini terdiri daripada warga tua dengan resepi tersendiri. Sekarang, pisang goreng mula dijual oleh golongan muda dengan beberapa pembaharuan selari dengan peredaran masa. Tengok saja 'bunting' merah kuning yang digantung dengan perkataan 'crispy' dan 'cheese' sudah cukup membuat air liur meleleh. Hehe..