Wednesday, March 22, 2017

Pesta Orkid & Flora 2017


Pesta Orkid dan Flora kembali lagi untuk edisi 2017. Bertempat di RTC Kelantan di Kota Bharu, pesta ini bermula 22 Mac hingga 1 April 2017. Kepada peminat orkid dan flora yang lain termasuk pokok buah-buahan, bolehlah ke sana. Karnival anjuran FAMA ini dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, dan masuk adalah percuma. Boleh segarkan mata anda dengan melihat kecantikan orkid berwarna-warni, juga bunga-bungaan lain. Pelbagai pokok buah-buahan turut dijual kepada pengunjung dengan harga yang berpatutan. Jom tengok dulu gambar yang sempat saya rakam...

Sunday, March 19, 2017

Pulau Perhentian Terengganu Memang Cantik


Sangat cantik pemandangannya! Alhamdulillah, sampai juga kami ke Pulau Perhentian buat pertama kalinya. Biarpun terpaksa menaiki bot selama 45 minit dari Kuala Besut, namun sesampainya di Pulau Perhentian... wah.. sangat cantik dengan air yang jernih dan pemandangan yang mendamaikan. Sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga bagi merehatkan minda. Entri ini saya sajikan sebahagian gambar koleksi peribadi percutian singkat dua hari satu malam saya dan keluarga di sini.

Thursday, March 16, 2017

Calon Cemerlang SPM 2016 SMKAM


Tahniah kepada Nur Aina Izzatie binti Abdul Aziz atas kejayaan menjadi antara pelajar terbaik SPM 2016 bagi negeri Kelantan. Calon SPM SMKA Melor ini memperolehi 11A (10A+ dan 1A), salah seorang daripada 7 orang calon SMKAM yang mendapat 11A bagi tahun 2016. GPS bagi SPM 2016 ialah 3.37 dengan jumlah calon yang mendapat 11A seramai 7 orang, 10A seramai 5 orang, 9A sejumlah 8 orang calon dan 8A pula 12 orang. Berikut ialah calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang.

Saturday, March 11, 2017

Makaroni Bakar Dirgahayu


Alahai sedapnya makaroni bakar, sesedap namanya, juga sesedap lagu Dirgahayu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. "Kuberikan segalanya...semua dan sesungguhnya...cinta dirgahayu...Kuterima segalanya" Kiranya nama makaroni bakar Dirgahayu tu diambil sempena judul lagu tersebutlah. Haha maklumlah, sambil makan sambil dengar lagu Dirgahayu... Biar apapun nama yang diberikan, makaroni ni tetap istimewa sebab disediakan oleh puan isteri dan anak-anak. Itulah seronoknya apabila tiba cuti hujung minggu, dapat sama-sama ke dapur menyediakan makan pagi atau makan tengah hari. Best lagi, sama-sama makan.

Sunday, March 5, 2017

Kelebihan Menghasilkan Sendiri Photobook


Sudah lama saya mengimpikan untuk menghasilkan dan memiliki photobook sendiri. Alhamdulillah, sudah menjadi kenyataan. Itulah hasilnya, kulit depan dan belakang photobook pertama saya. Sebelum ini kita hanya mendengar photobook dihasilkan untuk album perkahwinan yang disediakan oleh kedai-kedai gambar sahaja, tapi sekarang sesiapa pun boleh design isi kandungan photobook sendiri. Mudah sahaja, pilih gambar, buat sedikit editan, kemudian hantarkan kepada photobook worldwide. Dalam masa seminggu photobook akan sampai ke tangan kita.

Thursday, March 2, 2017

Pameran dan Gerai Jualan sempena Majlis Graduasi


Sibuk sekarang, tak sempat nak update blog. Maaflah kalau lama sangat tunggu saya upload gambar pameran dan gerai jualan sempena Majlis Graduasi baru-baru ini. Seronok betul anak-anak pelajar ni menyiapkan pameran dan gerai jualan. Ada gerai yang belum pukul 1 petang pun dah habis jualan. Besar sungguh kuasa beli... biarpun menggunakan kupon. hehe... Tahniah kepada PERTIMA 17 atas kejayaan mengadakan gerai jualan. Tahniah juga kepada persatuan-persatuan yang terlibat dengan pameran. Anda semua hebat! Cakap banyak pun tak guna... jom tengok gambar...