Saturday, February 24, 2018

The Serai Cottage Boutique Hotel


Anda sedang tercari-cari hotel yang selesa di Kuala Berang Terengganu? Saya cadangkan The Serai Cottage Boutique Hotel. Kami sekeluarga kali pertama menginap di sini baru-baru ini, setelah melawat Tasik Kenyir. Kalau dilihat dari luar, mungkin nampak biasa-biasa saja. Tapi setelah melangkah masuk, wah.. nampak cantik, kemas, bersih dan ada identiti sendiri.

Wednesday, February 21, 2018

Air Terjun Saok, Tasik Kenyir


Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi apabila berada di Tasik Kenyir ialah air terjun Saok. Perjalanan menggunakan bot dari jeti pengkalan Gawi ke sini mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Tambang ke sini untuk satu bot pergi dan balik ialah RM 150. 

Tuesday, February 20, 2018

Taman Herba Tasik Kenyir


Kalau berkunjung ke Tasik Kenyir, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke salah sebuah pulau berdekatan yang menempatkan Taman Herba Tasik Kenyir. Untuk ke sini pengunjung perlu menaiki bot dari jeti Pengkalan Gawi. Biasanya pengusaha bot menyediakan pakej ke sini dan air terjun Saok dengan harga RM 150 untuk perjalanan pergi balik. Dekat saja dari  jeti Pengkalan Gawi, kira-kira 15-20 minit. Apa ada di Taman Herba Tasik Kenyir?

Saturday, February 17, 2018

Jom Bercuti di Tasik Kenyir Terengganu


Sudah lama tidak ke sini, hebat juga pembangunan di sekitar tasik Kenyir sekarang. Saya sempat berkunjung ke sini baru-baru ini untuk melihat keindahan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara ini. Biarpun tujuan asalnya untuk membawa anak-anak ke Kenyir Waterpark, namun malang sekali kerana pada masa ini Kenyir Waterpark masih ditutup kepada pengunjung kerana kerja-kerja pengubahsuaian. Silap juga kerana tidak 'survey' tentang Kenyir Waterpark, jadi kami tidak tahu yang ia ditutup sekarang. Tak pasti pula bila akan dibuka semula.

Wednesday, February 14, 2018

Pertandingan Kawad Kaki: Pengakap Menang Lagi


Selesai sudah pertandingan kawad kaki  untuk tahun 2018. Teka-teki pasukan mana menjadi juara telah terjawab. Tahniah kepada pasukan yang menang, yang tak menjadi juara, cuba lagi tahun depan. Apapun semua pasukan telah buat yang terbaik. Kesungguhan semua ahli pasukan dan guru-guru penasihat dalam menyediakan pasukan dan latihan siang malam patut dipuji. Keputusan tahun ini...

Monday, February 12, 2018

Makanan Istimewa di Kelantan


Percaya atau tidak, makanan dalam gambar ini sangat popular bagi sesetengah orang. Kari kepala kambing! Wah... sangat eksotik dengan lidah kambing yang terjelir itu. Bukan saja kepala kambing, malah otak kambing pun ada orang suka makan tau! Masing-masing punya kesukaanlah kan. 

Sunday, February 11, 2018

Bunga-bunga yang cantik sebelum Kelayuan


Sekadar berkongsi gambar-gambar bunga yang dirakam sendiri. Bunga-bunga ini di sekitar kediaman saya. Cantik kan! Sungguh indah ciptaan Allah untuk tatapan manusia. Biarpun cantik, bunga-bunga ini akan layu juga akhirnya apabila sampai waktunya. Jadi sebelum ia layu, biarkan saya menyimpannya dalam bentuk imej yang boleh ditatap bila-bila masa. Jom saksikan sebahagian koleksi rakaman foto dalam instagram saya.