expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 31, 2018

Korban Lembu di Aidiladha


Semasa entri ini ditulis, lembu dalam gambar di atas sudahpun menjadi korban, Aidiladha yang lepas. Begitulah resam kehidupan, setiap yang bernyawa, akan mati apabila tiba masanya. Raya Haji tahun ini rasa macam tak seronok pula. Entahlah, selain banyak kenduri kahwin, mungkin badan tak sihat kot. Apapun, Alhamdulillah ibadat korban telah selamat dilaksanakan. Sebagai kenangan dan rujukan kemudian hari, sempatlah saya rakam beberapa keping gambar.

Thursday, August 30, 2018

Kedai Nasi Dagang Terkenal di Kelantan


Ramai yang memperkatakan kesedapan nasi dagang di sini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Nama kedai ini ialah Kak Ju Nasi Dagang. Terletak di Jalan Melawi-Semerak, Cherang Ruku, Kelantan. Dekat saja dengan Tok Bali. Kalau waktu pagi tu, ramai juga pengunjung singgah makan. Wah.. meriah betul! Rasanya memang sedaplah. Nanti nak ke sana lagi.

Roti Tempayan Cheese Tarik Nonie


Teringin hendak makan roti tempayan yang sedap, tapi tak tahu di mana? Saya ada jawapannya... Roti Tempayan Cheese Tarik Nonie. Terletak di Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan. Kedai makan ini memang popular, ramai pengunjung ke sini untuk makan roti tempayan cheese. Saya sendiri pun sudah banyak kali ke sana.

Wednesday, August 29, 2018

Jom Cuci Mata dengan Bunga


Seronok juga merakam gambar untuk instagram. Walaupun bukan jurugambar profesional, sekadar minat, maka saya sempat merakam beberapa gambar untuk instagram peribadi. Rakaman ini hanya menggunakan handphone peribadi. Dalam entri ini, saya kongsikan gambar-gambar bunga atau pokok yang pernah saya muatnaik dalam instagram saya, @gaza.km7. Jom cuci mata.

Monday, August 20, 2018

Apa istimewa Restoran Nando's?


Kalau ditanya kepada anak-anak, tempat makan pilihan kalau ke AEON Mall di Kota Bharu, jawapan mereka Nando's! Entah apalah yang mereka suka di sini. Mungkin menu ayam dengan nasi, atau restorannya yang selesa. Mungkin juga dapat tambah air percuma! Sempena ulang tahun perkahwinan saya, kami makan di sini untuk kali kedua tahun ini.

Sunday, August 19, 2018

Ulang tahun Perkahwinan di Baskin Robbins


Perlukah diadakan sambutan sempena ulang tahun perkahwinan? Mungkin terdapat beberapa pandangan dan alasan tersendiri. Bagi saya, tak ada masalah selagi tidak keterlaluan atau bertentangan dengan agama dan adat. Setiap kali apabila tiba 19 Ogos, kalau masih ingat dalam ingatan, in sha Allah saya akan sambut. Bukan buat apa-apa pun, sekadar keluar makan bersama isteri dan anak-anak. Sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kita masih ingat tarikh penting dalam kehidupan bersama keluarga. Kali ini di mana?

Thursday, August 16, 2018

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2018


Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, teringin juga nak berkongsi gambar sambutannya di sini. Pelancaran bulan kemerdekaan di sekolah disambut penuh warna-warni dan bermakna untuk semua warga sekolah. Diharapkan dapat menimbulkan rasa kecintaan yang tinggi terhadap negara.