expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, August 19, 2018

Ulang tahun Perkahwinan di Baskin Robbins


Perlukah diadakan sambutan sempena ulang tahun perkahwinan? Mungkin terdapat beberapa pandangan dan alasan tersendiri. Bagi saya, tak ada masalah selagi tidak keterlaluan atau bertentangan dengan agama dan adat. Setiap kali apabila tiba 19 Ogos, kalau masih ingat dalam ingatan, in sha Allah saya akan sambut. Bukan buat apa-apa pun, sekadar keluar makan bersama isteri dan anak-anak. Sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kita masih ingat tarikh penting dalam kehidupan bersama keluarga. Kali ini di mana?


Kami memilih Baskin Robbins di AEON Mall, Kota Bharu. Keknya memang sedap, berbaloi dengan harga yang dibayar. Anak-anak pun memang suka sebab kek aiskrimnya lain dari yang lain. Bentuknya pun cantik, sayang pula mahu dihabiskan.








In sha Allah, kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki, tahun hadapan kita pergi lagi... opss.. kalau tidak di sini mungkin di tempat lain pula.

#ulangtahunperkahwinan  #baskinrobbins #kek #familytime

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.