Pertama kali memasuki Restoran Ad Adrieana ini, saya sudah tertarik dengan kombinasi warna dalamannya. 3 warna utama, kelabu, hitam dan putih sudah cukup menimbulkan aura elegan dan moden. Restoran yang baharu beroperasi ini terletak di bandar satelit Islam, Pasir Tumboh. Tidak dinafikan, selain menu yang sedap, harga berpatutan, pemilihan warna, hiasan dalaman dan susun atur dalam restoran juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pelanggan,
Tuesday, October 23, 2018
Monday, October 22, 2018
Koey Teow atau Kuetiau?
Mana satu ejaan yang betul, koey teow? kuew tiaw? koew teow? atau kuetiau?. Menurut kamus dewan edisi keempat, ejaan yang betul ialah kuetiau, iaitu sejenis makanan dibuat daripada tepung beras. Ramai yang tidak kisah pasal ejaan, asalkan faham maksudnya, apatah lagi kalau dapat makan percuma. Hehe! Kali ini saya tidak berhajat untuk mengulas pasal kesalahan ejaan, tapi ingin berkongsi satu lagi restoran kuetiau yang baharu dibuka di Kubang Kerian, Kelantan.
Sunday, October 21, 2018
Bertuahkah saya mendapat hadiah cabutan ini?
Alhamdulillah, dapat hadiah cabutan bertuah tahun ini semasa jamuan akhir tahun. Rasa macam bertuah pula sebab jarang-jarang bertuah sebegini. Apatah lagi hadiahnya kira 'berharga' lah juga. Bertuah lagi apabila nombor yang dicabut itu dipanggil awal-awal lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)