expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 10, 2019

Kenapa Kami pergi lagi ke River Village Rooftop Restaurant?

   

Pemilihan kedai makan atau restoran mungkin disebabkan beberapa faktor. Ada yang mengunjungi lebih dari sekali sesebuah restoran yang sama mungkin disebabkan sesuatu tarikan. Bagi saya, makanan yang sedap, layanan yang baik, harga berpatutan dan persekitaran yang sesuai menjadi syarat penting untuk mengunjungi sesebuah restoran untuk kali kedua dan seterusnya. Kali kedua untuk saya dan keluarga makan di River Village Rooftop Restaurant di Bachok, Kelantan. Kenapa kami ke sini lagi?

Monday, July 8, 2019

Selamat Tinggal Kucingku Sayang


Biarpun cuma seekor kucing, namun kehadirannya dalam keluarga kami sangat memberi makna. Hanya mereka yang menyukai haiwan peliharaan saja yang tahu perasaan seseorang yang kehilangannya buat selamanya. GEBU nama kucing pertama yang kami bela telah pergi buat selamanya. Tidak diketahui punca kematiannya kerana tiada tanda-tanda sakit sebelum ini.

Tarikan Istimewa Roti Tempayan Cheese Tarik Nonie


Teringin makan roti tempayan cheese, sekali lagi kami berkunjung ke restoran ini. Roti tempayan cheese tarik Nonie memang terkenal dalam kalangan penggemarnya. Tidak hairanlah kalau restoran sentiasa dipenuhi pelanggan. Sekadar berkongsi gambar kami sekeluarga makan di sana baru-baru ini. 

Friday, July 5, 2019

Sambutan Hari Raya di Sc Sue Catering

   

Menghadiri rumah terbuka sempena hari raya memang best kan! Baru-baru ini kami sempat menghadiri majlis sambutan hari raya Sc Sue Catering, di Kota Bharu. Terima kasih atas jemputan! Wah.. banyak menu dan sedap-sedap semua. Patutlah sedap... semua menu disediakan oleh Sc Sue catering sendiri.

Thursday, July 4, 2019

Perlukah Boikot Durian Timbang?


Musim durian tiba lagi. Sedap sungguh makan durian ni. Biarpun hangat isu boikot durian timbang, tapi saya beli juga. Tak banyak, dua biji jer beli durian Udang Merah. Harga RM20/kg. Sajalah nak rasa durian sedap ni. Nak beli banyak macam tak mampu jer. Hehe...

Wednesday, July 3, 2019

Baru Up Gambar Raya


Bulan Syawal dah nak habis baru nak up gambar raya. Hehe.. Tak apalahkan, saja buat tatapan suatu hari nanti. Nak kata photoshoot raya tu , rasa macam tak sesuai jer sebab gambar-gambar ni pun ambil sendiri guna handphone.

Berhenti Menulis Blog sebab dapat Baby baharu


Assalamualaikum, lama benar rasanya tak update blog. Banyak sangat kekangannya. Hari ni saya gagahkan juga untuk update sedikit sebanyak. Cewahhhh... macamlah ada yang tertunggu-tunggu nak baca entri saya.