Thursday, August 22, 2019

Keunikan Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah, Sabak


Masjid Ar-Rahman, terletak di Kampung Pulau Gajah, Sabak, Kelantan, menjadi salah satu tarikan pelancongan terkini di Kelantan. Saya berpeluang ke sana untuk melihat sendiri keunikan masjid dengan seni bina Melayu dan gabungan seni hiasan dari negara-negara seperti Yaman, Maghribi, Indonesia dan Turki. Masjid yang boleh menampung kira-kira 1000 jemaah ini dikelilingi sungai buatan dan pokok-pokok yang mendamaikan. Saya kongsikan gambar-gambar yang dirakam sendiri di sana.