Wednesday, October 30, 2019

Penyelesaian Belimbing diserang Serangga


Alamak besar pula sarung buah ni. Takpe lah, kot2 buah belimbing saya ni akan membesar penuh sarung tu. Haha... Masa beli dalam Lazada hari tu, tak perasan pula saiznya berapa, pakai beli jer. Sebelum ni tak terlintas pula nak beli sarung buah ni. Kesian buah belimbing saya ni asyik kena sengat dek serangga jer. Kerengga pun banyak kat pokok ni.

Tuesday, October 22, 2019

Kembali semula ke Sekolah setelah 27 tahun


Setelah 27 tahun berlalu, akhirnya kami dipertemukan semula dalam Majlis Sireh Pulang ke Gagang. Biarpun tidak semua dapat bersama-sama dalam majlis ini, tapi kehadiran rakan-rakan satu kelas dan satu sekolah amat bermakna. Lebih menarik lagi, majlis ini berlangsung di sekolah tempat saya menimba ilmu sepanjang 7 tahun. SMK Kubang Kerian, Kota Bharu tetap segar dalam ingatan. Banyak kenangan suka duka sepanjang bergelar pelajar di sini.