expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 22, 2019

Kembali semula ke Sekolah setelah 27 tahun


Setelah 27 tahun berlalu, akhirnya kami dipertemukan semula dalam Majlis Sireh Pulang ke Gagang. Biarpun tidak semua dapat bersama-sama dalam majlis ini, tapi kehadiran rakan-rakan satu kelas dan satu sekolah amat bermakna. Lebih menarik lagi, majlis ini berlangsung di sekolah tempat saya menimba ilmu sepanjang 7 tahun. SMK Kubang Kerian, Kota Bharu tetap segar dalam ingatan. Banyak kenangan suka duka sepanjang bergelar pelajar di sini.



Terima kasih kepada alumni dan pihak sekolah yang menganjurkan majlis yang cukup bermakna ini. Majlis sebegini menjadi platform untuk para alumni bersua muka, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama bekas pelajar yang sama-sama belajar di bawah satu bumbung.



Alumni daripada pelbagai batch yang meluangkan masa hadir.


















Lawatan ke kelas terakhir semasa bersekolah di sini dahulu mengimbau nostalgia.



Majlis ini juga mengumpul dana bagi pembinaan dewan serbaguna sekolah.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.