expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 30, 2019

TRIP KUALA LUMPUR 2019: Taman Burung Kuala Lumpur, Tugu Peringatan Negara dan Masjid Negara


Hari ketiga, meneruskan lawatan sekeluarga ke Taman Burung Kuala Lumpur. Tapi sayang pagi ni hujan. Menurut staf di kaunter, kalau hari hujan burung2 tak aktif. Jadi nak tengok apa? Hehe. Ramai juga pengunjung yang kecewa. Maka kami pun beredar dari situ. Nak ke mana? 

TRIP KUALA LUMPUR 2019: MENARA BERKEMBAR PETRONAS


Dah puas bergambar sebelah Suria KLCC, kami ke bahagian depan. Kali ni kita rakam gambar kenangan di Menara Berkembar Petronas. Sungguh indah kelihatan bangunan pencakar langit ini disinari  cahaya pada waktu malam. 

Saturday, December 28, 2019

TRIP KUALA LUMPUR 2019: Suria KLCC dan Pancutan Air Bermandikan Cahaya


Selepas hampir seharian di KL Tower, gigih saya mencari Suria KLCC. Bukan disebabkan namanya sama dengan nama puan isteri saya, tapi sajalah nak jalan2 sambil melihat panorama cahaya pada sebelah malamnya. Kesibukan trafik dan kali pertama memandu sendiri ke sana telah berjaya saya tempuhi. Sampai juga akhirnya. 

TRIP KUALA LUMPUR 2019: KL TOWER


Hari kedua percutian, kami bercadang nak ke KL Tower. Sebelum ke sana kita isi perut dulu. Jadi kami singgah makan nasi kandar kat Restoran Ibrahim Maju, Taman Amanah, Selayang. Wah pagi2 pun dah banyak lauk pilihan. 

Thursday, December 26, 2019

TRIP KUALA LUMPUR 2019: Pertama Complex dan SOGO


Selesai berkunjung ke rumah saudara di Sungai Buloh, kami bercadang untuk bersiar-siar di Kuala Lumpur. Yer lah kan.. nak tengok suasana malam di kota raya. Cadangan awal nak ke pasar malam Jalan TAR atau Dataran Merdeka, tapi ke lain pula jadinya. Maklum saja, tak tahu jalan nak ke sana, asyik silap jer guna google maps ni. Banyak jalan sedang dalam pembinaan, tak boleh nak ikut maps. 

TRIP KUALA LUMPUR 2019: Batu Caves dan Saujana Utama, Sungai Buloh


Hari pertama ni kami jalan2 di Batu Caves, sebab dekat dengan Selayang. Cuaca mendung, kadang2 hujan renyai2. Nak masuk ke sini, 3 kali terlepas pintu utama, kena pusing lagi. Haha.. Maklumlah banyak sangat kenderaan termasuk bas pelancong depan pintu utama tunggu giliran nak masuk. Nak masuk ke sini kena bayar parking RM2. Jangan bimbang pasal parking sebab tempat parkingnya luas. 

Wednesday, December 25, 2019

TRIP KUALA LUMPUR 2019: Bermula Sebuah Perjalanan


Cuti sekolah akhir tahun 2019 kali ini kami memilih untuk bercuti di Kuala Lumpur. Sebenarnya sudah lama kami tidak ke sana. Pergi ni pun kira last minute punya plan. Kalau plan awal, kot2 tak jadi nanti frust pula anak2. Hehe.. Kami bertolak pada 13 Disember iaitu pagi Jumaat. Lucu pula, pagi2 hari Jumaat tu saya ke UTC Kota Bharu terlebih dahulu untuk renew lesen memandu. Haha.. Tak perasan lesen dah lama mati. Maka pukul 10 pagi baru bertolak, setelah singgah di beberapa tempat untuk selesaikan beberapa hal. 

Tuesday, December 24, 2019

Brownies Istimewa untuk Birthday Rdini dan Sadiq


Setiap kali tibanya Disember, mesti buat sambutan birthday untuk kedua-dua anak kami secara serentak. Ardini dan Sadiq, berkongsi bulan kelahiran yang sama. Bukan mereka saja, puan isteri saya pun birthday bulan Disember. Kali ni saya tempah brownies istimewa menggantikan kek. 

Thursday, December 19, 2019

TRIP PUTRAJAYA 2019: RESTORAN NASI LEMAK ROYALE KEDAH


Berada di Putrajaya, jangan bimbang pasal makanan. Ada banyak restoran atau kedai makan, dan banyak juga pilihan menunya. Kali ini kami singgah di Restoran Nasi Lemak Royale Kedah. Pada mulanya tertanya-tanya juga, adakah kita sekarang  di Kedah?  Haha..nama saja pun.Mungkin nasi lemak ini berasal dari Kedah.