expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 21, 2020

Bjak memang Bijak Tapi Saya Kecewa!




Setiap kali iklan ini keluar dalam media sosial, saya tertarik untuk menggunakan perkhidmatannya. Tibalah satu hari itu, kebetulan road tax kereta akan tamat seminggu lagi, maka saya pun berurusanlah untuk dapatkan insuran dan road tax kereta. Setelah dibuat pembayaran secara online, email diterima. Boleh print sendiri cover note insuran. Cuma kena tunggu road tax. Oklah, saya tunggu!


Tunggu punya tunggu lebih 2 minggu tak sampai-sampai. Dalam email dulu beritahu road tax akan dihantar dalam masa 3 hari bekerja. Sekarang 3 minggu bekerja, tak sampai-sampai. Pada mulanya saya ingatkan musim PKP ni banyak barang di syarikat penghantaran, mungkin lambat kot. Tapi apabila disemak tracking Ninja Van, macam ada yang tak kena.












Saya call pihak Bjak untuk pertama kalinya. Mereka kata mereka akan laporkan kepada pihak Ninja Van atas kelewatan itu. Maka saya pun tunggu lagi. Road tax kereta dah habis tempohnya, road tax baru tak sampai-sampai lagi.

Hari ini (21/5/20) Saya call Ninja Van sendiri untuk mengetahui apa masalahnya. Mereka maklumkan barang saya tidak dapat dihantar kerana nombor telefon salah, saya tidak boleh dihubungi. Eh macamana pula salah? Oh rupanya mereka tidak hantar mengikut alamat, tapi mengikut panggilan telefon. Saya minta kepastian nombor telefon pada barang yang hendak dihantar, ternyata itu bukan nombor telefon saya. Patutlah hampir 3 minggu menunggu, satu panggilan pun saya tak terima daripada Ninja Van. Apabila saya semak email daripada pihak Bjak awal-awal dulu, macam ni pula kenyataan mereka pasal nombor telefon pelanggan.





Masalah siapa ni? Ninja Van atau Bjak? Pelik juga Ninja Van kata nombor telefon salah, Bjak kata jangan berikan nombor telefon kepada rakan penghantaran mereka. Eh manalah saya tahu Bjak menggunakan rakan penghantaran mana. Sudah 3 minggu tu, rakan penghantaran tak call pun saya. Kalau nombor telefon tu tak didedahkan, macamana mereka nak hubungi pelanggan. Ishhh tak fahamlah.

Jadi pihak Ninja Van maklumkan akan hantar semula road tax tu selepas cuti hari raya. Adoi... kesian saya! Nak pergi ambil sendiri hari ini tak boleh, sebab kena call sehari sebelum pergi ambil katanya.

Hari ni juga saya call Bjak. Pihak Bjak macam selamba jer cakap kalau insuran dah dapat, road tax lambat pun kereta boleh jalan. Oh begitu ker? Masa dalam iklan hari tu semua cepat, semua beres. Apabila terjadi kelewatan macam ni tak ada pula nak minta maaf kepada pelanggan. Kalau macam ni tahun depan kita cari syarikat lain pulalah.


2 comments:

  1. pulak, saya pernah guna sekali bjak tapi masa bulan 2, ok je dalam 3 hari dah dapat, mgkin masa tu belum pkp, orang belum ramai guna khidmat mereka, tp msa PKP demand untuk guna khidmt bertambah, wallahualam.

    ReplyDelete
  2. musim PKP ni apa sahaja yg dibuat melalui online dan melibatkan penghantaran online memang kelam kabut sikit ... permintaan terlalu tinggi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.