expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 14, 2020

Mood Baharu dengan Header dan Logo Baharu



Assalamualaikum. Terima kasih kepada pengunjung blog Kembara Minda 7. Bagi yang selalu berkunjung ke sini mungkin perasan perubahan ketara pada header blog ini. Sudah lama saya pakai header di atas, maka tergerak hati untuk menukarnya. Selama 11 tahun berblog sudah beberapa kali menukar header. Tapi header di atas paling lama saya gunakan


Selain header blog, logo di atas juga saya tukar. Bagi segar sikit sempena 2020. Logo purple itu saya tak pernah tukar lagi sebelum ini. Bagi pembaca setia blog KM7 ini mungkin sudah biasa dengan logo tersebut. Saya mengambil masa yang lama juga untuk membuat keputusan menukar logo blog. Akhirnya, keputusan muktamad, tukar! 



Inilah logo rasmi baharu blog Kembara Minda 7. Saya berharap logo ini kekal lama dalam blog ini. Semoga pertukaran header dan logo ini memberi semangat kepada saya untuk terus aktif berblog. Terima kasih kepada pengunjung dan pembaca setia blog saya. Salam perkenalan kepada yang baharu mengenali blog Kembara Minda 7. Bloggers yang ingin bertukar link blog dialu-alukan. Tinggalkan link anda di ruangan komen. Selamat berblog untuk semua. 

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.