expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 20, 2020

Tanda Pokok Cempedak sudah cukup umur dan bersedia untuk berbuah


Saya ada tanam sepohon pokok cempedak madu. Lupa pula sudah berapa tahun usianya, tapi dah lebih 3 tahun. Kalau diikutkan pada usia, rasanya pokok cempedak ini sudah patut berbuah. Macamana nak buat supaya pokok ini berbuah? 



Ada kawan beritahu kalau pokok cempedak sudah mengeluarkan bunga macam dalam gambar di atas, maknanya ia sudah cukup umur dan bersedia untuk berbuah. Wah.. Seronoknya. Kali pertama dulu tak banyak sangat bunga tu. Tapi akhir-akhir ini banyak pula muncul. 

Ada yang mencadangkan supaya batang pokok ini diketuk-ketuk dengan parang. Alamak tak sakitkah pokok, kononnya memberi peringatan supaya ia berbuah. Teringin juga nak cuba tapi biarlah dulu sebab dah berbunga tu! 



Tadi saya pergi melawat pokok cempedak ini lagi, banyak pula cendawan liar di bawah pokok. Mungkin keadaan di bawah pokok lembap. Bimbang juga kalau-kalau ada lipan! 



Apa yang mengejutkan saya, lain macam pula bunga cempedak ni. Adakah ini buah cempedak? Saya rasa mungkin juga sebab ia terletak bukan pada pucuk tapi hampir pada batangnya. Tapi entahlah, ya atau tidak kita tunggu nanti. 

Harap-harap tahun ini pokok cempedak saya ini akan berbuahlah. 


2 comments:

Warisan Petani said...

Gambar akhir tu adalah putik cempedak.
Akan membesar menjadi buah cempedak.

KM7 said...

Alhamdulillah. Harap2 menjadilah buah sulung.