expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 29, 2020

Kayuhan MTB berkonvoi ke Pantai Nami, Bachok.


Aktiviti hujung minggu, mengayuh basikal sambil bersantai melihat keindahan alam. Kali ini saya berbasikal bersama-sama rakan sekerja ke Pantai Nami, Bachok Kelantan. Seronok juga berbasikal secara konvoi dengan rakan-rakan ini. Macam-macam gaya ada, maklumlah bukan semua pro dalam mengayuh MTB ini. Jangan risau, kayuhan santai saja bukan untuk berlumba!




Kami tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar-gambar di pantai Nami yang menarik ini. Jadi dalam post ini saya kongsikan beberapa keping gambar untuk kenangan.






Rakan-rakan sekerja yang sama-sama mengayuh MTB kali ini. 







Ini jarak kayuhan peribadi saya pada kali ini. Dari pantai Nami, saya mengambil laluan lain daripada ahli kumpulan semata-mata untuk mencuba kayuhan di laluan berbeza. Tak sangka pula jauh juga berkayuh secara solo dalam perjalanan pulang. Alhamdulillah, selamat sampai juga ke rumah.

Itu saja untuk kali ini, kalau ada kesempatan dan aktiviti kayuhan yang lain, saya akan kongsikan dalam post akan datang. 

3 comments:

Warisan Petani said...

tahniah masih kuat mengayuh

Cuya said...

wah seronoknya naik basikal....saya singgah sini..jemput singgah blog saya yg tk seberapa :)

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

Cik Nor said...

mcm kat korea..:)