expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 26, 2021

Ke mana hilangnya blogger lama? jom tukar link bloglist


1. Tiba-tiba teringin untuk update blog yang sudah lama menyepi ini. Melihat kepada senarai bloglist itu, rupa-rupanya ramai juga rakan blogger yang sama-sama berblog dengan saya dulu yang sudah lama tidak update blog mereka.

2. Biarpun cuma kenal melalui pembacaan tulisan mereka di blog tetapi terasa sangat dekat. Justeru saya biarkan sahaja bloglist itu di situ sebagai kenangan yang kita pernah sama-sama berblog. Agaknya apa cerita blogger-blogger lama ini sekarang.

3. Saya sendiri sudah lebih 10 tahun dengan blog Kembara Minda7 ini. Banyak suka duka dan perjalanan hidup dicoretkan di sini. Tidak lain dan tidak bukan untuk kenangan sendiri. Lucu pula baca post-post di awal penulisan dahulu.

4. Meneliti penulisan blogger baharu, nampak segar karya mereka dengan susun atur blog yang mengikut peredaran masa, lebih trendy. Tahniah dan teruskan berblog.

5. Blog saya sendiri bukan saja susun atur blognya masih yang asal, postnya juga jarang-jarang sekali. Itupun mengikut mood. Maklum sajalah, sekarang ini ada banyak media sosial yang mudah juga untuk diakses.

6. Mungkin selepas ini saya akan kembali kerap update blog ini. Harap-harap bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. 

7. Jadi kepada blogger baharu yang sudi untuk bertukar-tukar link blog untuk bloglist, dipersilakan. Mudah saja, tinggalkan link blog anda dalam ruangan komen post ini. Jangan lupa, masukkan link blog saya juga dalam blog anda. Sama-samalah kita berblog kerana menulis juga satu terapi untuk diri sendiri. Terima kasih.


6 comments:

  1. Masukkan blog Naim ya..

    pemudattbc.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Done follow. 👍

    ReplyDelete
  3. http://adindabaizuramazlan.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. done follow #1526

    dah masukkan link blog tuan dlm my blog..http://al-pakri.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. terima kasih. done follow dan masukkan link bloglist. tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.