expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 26, 2021

Kebahagiaan dan penderitaan silih berganti menjadi lumrah kehidupan


1. Kebahagiaan sememangnya menjadi impian semua. Cuma nasib kita mungkin berbeza. Ada yang  memperolehi kebahagiaan dalam jangkamasa yang cepat dan ada yang lambat. Tidak kurang juga masih ada yang belum menikmati erti bahagia.

2. Bersyukurlah kalau hidup kita dilimpahi kebahagiaan dan dikelilingi orang-orang yang baik serta persekitaran yang mendamaikan.

3. Bagi yang belum merasai kebahagiaan, bersabarlah. Mungkin ada hikmah di sebalik penantian itu. Apa yang penting, bersabar dan teruskan hidup seperti biasa.

4. Bahagia itu luas pengertiannya. Ia bukan diukur dengan kemewahan sahaja. Bahagia juga dapat dirasa apabila kita merasakan apa yang kita ada sudah mencukupi. Sesungguhnya bahagia cara kita sendiri lebih bermakna.

5. Sering membandingkan kehidupan kita dengan kemewahan orang lain akan menyebabkan diri merasakan tidak bahagia.

6. Perlu diingatkan, kalau tidak mampu untuk memberikan kebahagiaan kepada seseorang yang mengharapkannya, janganlah pula disebabkan kita, mereka hidup menderita. 

7. Bersama-samalah kita berusaha ke arah kebahagiaan dalam hidup. Jangan dicari kebahagiaan itu kerana bahagia itu sudah ada di dalam diri kita. Ia sesuatu yang kita rasa!

Semoga bermanfaat. Untuk mendapatkan notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.