expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 7, 2021

Bahagia itu dirasa bukan dipamer


 Ramai yang mencari bahagia.

Persoalannya, sudahkah ditemui bahagia yang dicari?

Andai sudah ditemui maka berbahagialah.

Sebaliknya jika belum menemui kebahagiaan,

apa kata kita melihat bahagia itu 

dari dalam diri sendiri.


Cuba rasakan erti bahagia itu

dengan menerima seadanya diri sendiri

dan apa sahaja yang berada di sekeliling kita

tanpa banyak soal tidak puas hati.


Apabila kita dapat menerima

diri sendiri dan mereka yang berada di sekeliling kita

dengan seadanya, barulah hati terasa tenang

dan dapat menjalani kehidupan dengan damai.


Soal orang lain boleh  menerima

kehadiran kita atau tidak, bukan masalahnya.

Yang penting, teruslah menjalani hidup ini

dengan penuh bermakna.


Bahagialah cara kita sendiri!


Semoga bermanfaat.
Notification update blog Kembaraminda7, sila KLIK DI SINI
Terima kasih.

8 comments:

  1. betul betul.. selalu orang kata bahagia itu sederhana.. bahagia itu kita yang cipta.. yg penting kita yg merasa apa itu bahagia cara kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. semoga semua mendapat kebahagiaan.

      Delete
  2. Bahagia itu terletak pada hati. Kita akan bahagia jika kita beryukur :)

    ReplyDelete
  3. suka ayat ni. bahagia dengan cara sendiri. inshaallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kan.... tak perlu bandingkan dengan orang lain.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.