expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 7, 2011

Seronoknya merempit di jalan raya

Mat Google merempit
Biar apapun istilah yang digunakan...sama ada mat rempit, pelumba haram mahupun samseng jalanan, hakikatnya sama... berlumba motor secara haram di jalan raya.

Fenomena ini sudah biasa dalam kalangan remaja.Macam tak ada kerja lain nak dibuat,remaja ni sering melepaskan gian berlumba motor di jalan-jalan raya.

Banyak faktor yang mendorong mereka merempit.Antaranya sikap remaja itu sendiri yang inginkan keseronokan..atau ingin diterima oleh rakan sebaya yang lain.Mereka pantang dicabar...maklumlah darah muda!Ditambah pula kurangnya pengawasan daripada ibu bapa...maka aktiviti ini terus berleluasa.Kalau ibu bapa tak belikan motor untuk anak-anak mereka,ada juga yang pinjam motor kawan untuk merempit.

Ada juga yang merempit untuk hadiah.Sama ada berbentuk wang pertaruhan mahupun dalam bentuk lain seperti ganjaran gadis.Si gadis ni pun satu hal juga suka dijadikan mangsa mat rempit yang menjuarai sesuatu pertandingan.

Sedar tak...aktiviti merempit ini banyak keburukannya.Terutamanya kalau berlaku kemalangan.Seperti petikan laporan akhbar.....

PASIR MAS: Empat remaja yang berlumba haram maut apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh satu sama lain dalam kejadian di Kampung Banggol Chicha, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mereka ialah Mohd Amirul Afiq Baharom, 17, Raja Ahmad Muzamil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19, dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21.
"Mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan semuanya maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.(Berita Harian Online 7/7/2011)

Alangkah ruginya remaja yang menjadi pewaris negara pada masa hadapan yang mati begitu sahaja.Kadang-kadang timbul rasa geram juga apabila berhadapan sekumpulan remaja yang berlumba ni...Mereka seolah-olah tidak mengendahkan kenderaan lain.Sudah beberapa kali KM7 terserempak kumpulan mat rempit yang melanggar lampu isyarat merah.Sengaja mencari nahas mereka ni!

Kepada remaja sekalian....kalau anda berbakat dan nak jadi pelumba terkenal....berlumbalah di litar yang betul yang telah disediakan.Jangan merempit di jalan raya yang boleh mengundang keecelakaan kepada diri sendiri mahupun pengguna-pengguna jalan raya yang lain.Kalau tak sayang pada nyawa sendiripum...ingatlah pengguna jalan raya yang lain sayang akan nyawa mereka.

2 comments:

  1. dulu orang muda ramai yang mati kerana berperang..sekarag mati keran kemalangan berlumba... :(

    ReplyDelete
  2. penat je mak ayah bela sampai besaq last2 mati katak kat jalan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.