Monday, May 20, 2013

Selamat tinggal Canon MP 2800




Amboi bukan main lagi tajuk tu....macam nak berpisah dengan seseorang jer.hehe..Sebenarnya selamat tinggal ni untuk printer Canon saya ni hah! Printer Canon MP 2800 ni saya guna hampir setahun.Gunapun ala kadar jer...maklumlah tak banyak benda nak print.

Tapi kan...sob...sob...(nada sedih) printer ni dah tak boleh guna untuk print, biarpun inknya pun banyak lagi...Oh yer printer ni jenis ink isian sendiri kat luar tu...ink yang dibeli pun tak habis lagi...dah bikin problem.Dahlah masa nak isi ink tu habis jari-jemari ni terkena dakwat...ala-ala dakwat pilihanraya!hehe...

Scannernya masih berfungsi.hmmm...adalah juga peranannya lagi walaupun dah tak boleh nak print.Saya pernah hantar untuk dibaiki,tapi tukar 1 catridge ink jer dah RM70.Balik guna sehari dah bermasalah balik. kesimpulannya.... saya nak beli printer baru!

Mulakan persekolahan dengan bacaan al-Quran


Rutin setiap pagi

bermula jam 7.30 hingga 7.40 pagi,

bacaan al-Quran untuk semua pelajar dan guru

di dataran perhimpunan SMKAM.

Bacaan al- Quran ini disusuli dengan terjemahan

oleh ustaz SMKAM.

Semoga aktiviti sebegini setiap pagi sebelum

bermulanya P & P dapat memberikan manfaat untuk semua.

Sunday, May 19, 2013

LDP di Demong Beach Resort


Penat menyambut hari guru belum hilang,

semalam saya mengikuti kursus latihan dalam perkhidmatan

selama sehari suntuk.

Lokasinya di Demong Beach Resort,Besut,Terengganu.

Sesi pagi untuk kebitaraan bahasa Inggeris,

manakala sebelah petangnya pula Taekwondo.

Maklumlah....sekolah kluster kan.....

p/s....gambar kat atas tu peserta kursus yang kepenatan

setelah mengikuti latihan taekwondo sempena  LDP kali ni.

Wednesday, May 15, 2013

Ucapan Selamat hari Guru


Sempena hari guru ni,

saya ingin mengambil kesempatan

untuk mengucapkan

"Selamat Hari Guru"

kepada semua rakan sekerja,

juga kepada semua yang bergelar guru

di seluruh negara.