expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 28, 2015

Seperti ayam dan itik

Nurul Izzati 4 IS

Peribahasa kali ini, Seperti ayam dan itik. Membawa maksud dua orang yang mempunyai masalah komunikasi. Susah juga kalau nak berkomunikasi kalau saling tidak memahami. Hal ini lebih merujuk kepada masalah berbahasa. Lain yang diberitahu, lain pula yang difahami. 

Jadi untuk mengelakkan hal ini menjadi satu masalah besar, sesuatu perlu dilakukan. Antaranya cubalah belajar sesuatu bahasa lain untuk digunakan dalam perbualan. Tak rugi kalau kita tahu banyak bahasa. Pergilah ke mana sahaja...anda tidak akan rasa terpinggir dan bermasalah. 

Kesabaran yang tinggi perlu ada dalam mempelajari sesuatu bahasa. Mungkin akan mengambil masa yang panjang sekiranya tidak selalu diamalkan dalam berkomunikasi. Keseronokan berkomunikasi akan lebih terasa apabila kedua-dua belah pihak saling memahami.


1 comment:

  1. kena banyak belajar lah ni..senang bile nak berkomunikasi...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.