KOLEKSI ISTIMEWA

Friday, September 30, 2016

Pemilihan Jenama Produk yang Meminggirkan Bahasa Melayu


Pelbagai jenama kosmetik, tudung, makanan atau minuman kesihatan dan sebagainya muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan di negara kita. Kebaikannya, pengguna mempunyai banyak pilihan. Dalam entri ini saya cuba menyentuh tentang pemilihan sesuatu jenama untuk menarik perhatian pengguna. Semestinya setiap pemilik jenama inginkan kelainan dari segi nama produk mereka. Jadi tidak hairanlah muncul nama-nama produk yang seakan-akan diambil dan diubahsuai daripada perkataan tertentu yang sedia ada.


Secara sengaja atau tidak pemilihan jenama tersebut, pemilik jenama tetap ada hak terhadap produk mereka. Cuma bagi golongan tertentu hal ini sedikit sebanyak menampakkan penyalahgunaan terhadap perkataan asal. Lebih dibimbangi apabila sudah menjadi kebiasaan dan digunakan oleh para pelajar sekolah dalam penulisan subjek bahasa Melayu sama ada dalam kelas mahupun peperiksaan. Sekadar berkongsi, beberapa contoh jenama yang popular saya paparkan dalam entri ini. Semua gambar diambil daripada Google. Paparan di sini sebagai lontaran idea tentang isu yang diketengahkan. Tiada unsur sabotaj mahupun publisiti.












Saya amat berharap, dalam ghairah mencari kelainan untuk menghasilkan jenama sendiri, aspek bahasa janganlah diketepikan. Ingatlah, bahasa jiwa bangsa. Kalau bukan kita, siapa lagi yang mahu diharapkan untuk memartabatkan bahasa sendiri. Sama-samalah kita fikirkan!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.