expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, September 16, 2010

Aidilfitri 2010: Pertemuan yang Mendebarkan


Aidilfitri 2010:Kenapa mendebarkan KM7?Sebenarnya pada Aidilfitri kali ini KM7 berpeluang bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang terpisah sejak 21 tahun yang lalu.Wow! satu jangka masa yang lama tu.Pertemuan kali ini berlangsung di rumah En.Azhan di Kubang Kerian.


Dari kiri:KM7,Zamani(Jab. Pertanian,Johor),Ita Yunus (JAS Kota Bharu) dan Gee (Putrajaya)
Sudah banyak berubah yer...maklumlah sekarang semua dah berkeluarga dan beranak-pinak.
tahun depan,kita bergambar dengan keluarga masing-masing yer.


Inilah member KM7,Zamani yang bertugas nun di selatan tanah air.



KM7,Gee,Ita Yunus,Adam (BankIslam KL),Azhan (TNB KB) dan Zamani
Terima kasih kepada facebook yang mempertemukan kami semula



Inilah tuan rumah,En. Azhan.Sibuk hari ni,melayan tetamu satu Malaysia.
Terima kasih En. Azhan dan keluarga yang tak jemu-jemu buat open house
untuk perjumpaan kami pada tahun ini.



Apalah yang dibualkan,kelucuan yang tak terkata.Adam kat sebelah tu YDP kitorang untuk alumni SMKKK1 ni.Projek tahun depan kat mana pula?



Sempat juga KM7 dan Zamani ke rumah seorang lagi kawan lama,Pn. Afifah.
Terima kasih Pn Afifah dan suami kerana sudi menerima kunjungan kami.


Inilah banglo Pn. Afifah.wah...tahun depan reunion kat sini ok juga kan.


Seorang lagi kawan lama,Pn.Hartini yang pulang ke tanah air untuk beraya.Beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat phD di UK.Terima kasih Pn. Hartini dan suami yang menerima kunjungan kami petang tadi.

9 comments:

  1. memang seronok dapat jumpa collique lama...masing masing dah berubah...ada yang kita tak boleh cam langsung dah....

    ReplyDelete
  2. seronok jumpa kawan2 lama kan ! mulalah keluar cite2 zaman sekolah dulu2.....kami pun pernah buat macamni....tak lalu makan - banyak bercerita kisah2 lampau....semuanya kenangan abadi

    ReplyDelete
  3. betul tu...mula2 tu terkejut juga tengok perubahan masing2.hahaha lain sangat dengan masa sekolah dulu.Harap2 selepas ini dapat berhubung semula.

    ReplyDelete
  4. dah lama tak jumpa tentu byk yang dibualkan ..perubahan sudah tentu..

    ReplyDelete
  5. mesti bestkan dapat jumpa semula dengan member2 lama...lebih2 lagi kawan masa sekolah dulu...mesti tangkap nostalgia tu.... (pelangi hati)

    ReplyDelete
  6. betol-betol, lagipun mengimbau kembali gelaran-gelaran yang diberikan tu yang tak tahan asyik nak ketawa....

    ReplyDelete
  7. seronok ada terharu pon ada..seronok dapat bertemu semula setelah lama tak bersua dan semuanya dalam keadaan baik seadanya serta ceria sentiasa...terharu sebab masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa, bertegur sapa, bertanya khabar berita..syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.