Friday, November 5, 2010

Arghh...pengsanlah pulak..

       Pernah pengsan?atau pernah tengok orang pengsan?Mesti gelabah kan kalau tiba-tiba jer member sebelah kita tu pengsan.Mulalah tak tahu nak buat apakan.Lagi teruk kalau yang pengsan tu tak memilih tempat.(hehe boleh pilih-pilih tempat ker).Contohnya kat tandas ker,dalam lif tingkat 20 ker,masa interview ker...dan lain-lain lagi.

      Rasanya elok juga kita belajar tips atau langkah kecemasan untuk menghadapi keadaan macam ni.Manalah tahu tiba-tiba jer ada orang pengsan atau buat-buat pengsan depan kita.Kalau kita sendiri yang pengsan,haaa.. macamana pula tu.Ada ker tidak orang yang nak menolong.

      Bagi seorang saintis di Britain,beliau pengsan 100 kali sehari...dahsyat tu...Jom baca ceritanya....

Saintis pengsan 100 kali sehari


claire allen


CAMBRIDGE - Seorang saintis wanita di Britain, Claire Allen menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan dia pengsan sehingga 100 kali sehari, lapor sebuah akhbar semalam.
Allen, 35, yang menetap di sini, England, menghidap penyakit tidur dikenali sebagai katapleksi.
Penyakit saraf itu menyebabkan dia lumpuh antara 30 saat hingga lima minit setiap kali Allen ketawa, teruja, berasa takut, terkejut atau gembira.
Sewaktu diserang katapleksi, Allen akan kehilangan kawalan badannya tetapi berada dalam keadaan sedar.
Lebih teruk, Allen pernah pengsan 100 kali dalam masa sehari.
"Saya akan rebah setiap kali ketawa," katanya.
Allen menghidap penyakit ganjil itu sejak beberapa tahun lalu tetapi dia terpaksa mengambil ubat untuk melakukan rutin harian.
Terdapat kira-kira 25,000 penyakit tidur di Britain. - Agensi

Kosmo Online:5/11/2010

3 comments:

Anonymous said...

best ke pengsan.....pura-pura pengsan lagi best....hua..hua....

anati said...

penyakit zaman sekarang...waktu opah atuk kita,tak pernah pun dengar ada penyakit penyakit pelik macam ni kan?

diana said...

saya pernah pengsan ke ye???