expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 22, 2010

Bukan tak nak blogwalking,tapi.....

Rindu untuk menziarahi blog rakan-rakan semua.Habis tu kenapa pula...blogwalking je lah.Bukan tak nak blogwalking,tapi.....

1.   Internet hampeh......untuk ke berapa ratus kalinya.Ini membuatkan semangat untuk berblogwalking tu hilang.

2.   Bayangkan berapa lama masa yang diambil untuk membuka satu-satu blog tu...kalau makan nasi boleh habis sepinggan.

3.   Rasa macam buang masa lah pula,dahlah masa tu terhad....masa tu kan berharga.

4.   Kita bayar tau...inikah perkhidmatan yang diperolehi?hee.... geramnya.Kalau bagi diskaun ker tak pe juga.Ini setiap bulan kita bayar tapi perkhidmatan yang diperolehi tak berbaloi.Sedekah kat masjid lagi bagus daripada bayar bil tapi tak boleh guna.

5.   Kita tinggal kat bandar tau...Bayangkan kalau kat bandar pun internet macam ni....kat kampung apa lagi...macam ni ker nak jadi negara maju...

6.   Kalau nak line bagus sikit...tunggulah jam 1,2 atau 3 pagi.Laju lagi 4,5 pagi.Apa....ingat kita ni burung hantu ker tak tidur malam.

7.   Harap-harap kat Malaysia ni akan ada lebih banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar ni,supaya masing-masing dapat bersaing dan pengguna ada pilihan.Syarikat yang tak jaga hak dan kepuasan pengguna...haaaa..kesannya tau-tau sendirilah....

8.   Kesimpulannya...kesabaran manusia ada hadnya....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.