expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 28, 2010

Melayu Semakin Berani

En3 kali ini KM7 akan memperkatakan tentang Melayu yang semakin berani.Keberanian dalam kalangan orang-orang Melayu ni memang telah diketahui sejak zaman Hang Tuah lagi.Sekarang ni Melayu memang terkenal dalam pelbagai bidang...politik,ekonomi sehinggalah merempit di jalanan.

Semakin berani Melayu ini apabila ada kalangan mereka ini sudah mula menjual diri dalam dunia  siber.Terkejut betul KM7 apabila terjumpa satu laman yang mempromosi lelaki Melayu untuk perempuan atau gadis atau isteri-isteri yang kegersangan.Disertakan juga maklumat ringkas umur,negeri asal,ketinggian,dan berat badan.Memeranjatkan lagi apabila individu ini menyertakan sekali gambar alat sulit mereka (maaf kerana berterus terang di sini).Alat itu sudah tidak sulit lagi bagi mereka.

Mungkin kalau di barat perkara ini dianggap biasa.Tapi bagi negara kita,KM7 rasa situasi ini menggambarkan kerosakan jiwa sesetengah individu.Mereka lebih suka mencari kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal halal haram.Membimbangkan juga laman-laman sebegini agak mudah dilayari oleh sesiapa sahaja.Kalau terjumpa oleh kanak-kanak macamana?

Naluri seks memang lumrah bagi manusia.Tapi sebagai manusia yang berakal,gunalah akal itu agar perkara ini tidak disalahguna.Bagi yang sudah layak kahwin,eloklah berkahwin.Bagi yang dah berkahwin,fahamilah dan laksanakan tanggungjawab yang sepatutnya sama ada zahir mahupun batin.

Kepada Melayu yang semakin berani untuk hal-hal yang tak berfaedah ini,diharapkan anda fikirkan semula tindakan anda itu.Baliklah ke pangkal jalan.KM7 mohon maaf  kalau en3 ini menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada kita semua.

3 comments:

  1. betul tuh. Melayu sekarang memang berani. Berani mati jadi mat rempit last-last mati katak. Berani conteng arang kat muka bapak bila dah mengandung dan diberi kaunseling, bleh lagi senyum-senyum. Naik geram dibuatnya. Bangsa lain pun ada jugak tapi majoritinya adalah bangsa kita. tak taulah ape nak jadi.

    Latest Entri :
    Redah Aku dan Kau Punya Oleh Ben Ashaari
    Jana Pendapatan Dengan Burung Walit

    ReplyDelete
  2. uish, macam-macam orang kita
    adoiii

    harap2, benda mcm ni dptlah diberi kesedaran terutama kepada golongan yg sedang dilema krisis identiti bangsa dan agama

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.