Thursday, January 20, 2011

JPJ lancar operasi cermin gelap

Perhatian kepada
semua pemilik kenderaan....
operasi terbaru JPJ kali ini
untuk menyaman pemilik kenderaan
bercermin gelap.
awas....terutama
bagi mereka di Terengganu.

Kenapa pemilik kenderaan
memasang cermin gelap pada kenderaan masing-masing?
KM7 rasa mungkin untuk
melindungi sinaran terik mentari.
Masalahnya  kenapa
ada penjual menjualnya kalau dah
tahu kegelapan cermin tu 
tak lulus spesifikasi JPJ?

KM7 rasa baik juga
pihak JPJ buat operasi kat kedai-kedai
yang menjual cermin gelap tu.
Kalau tiada pembekal
maka pembeli tak dapat nak membelinya kan!

Jom baca beritanya di bawah ni...


KUALA TERENGGANU - Pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap di Terengganu bakal berdepan tindakan saman dan kompaun apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi berterusan bagi mengesan mereka yang terlibat.
Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, operasi itu dilancarkan berikutan semakin ramai pemilik kenderaan di negeri ini dikesan menggunakan cermin gelap melebihi had yang ditetapkan.
“Penggunaan cermin gelap dilihat semakin berleluasa di negeri ini dan kita akan mengadakan pemantauan dari masa ke semasa bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, sebanyak 294 notis kesalahan cermin gelap telah dikeluarkan pada satu operasi yang dijalankan oleh JPJ di Jalan Sultan Mohamad yang bermula pukul 8.30 malam tadi dan berakhir dua jam setengah selepas itu.
Beliau berkata pemilik kenderaan terbabit diminta menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan di mana-mana pejabat JPJ dalam masa 10 hari dan jika mereka gagal mematuhi arahan notis tersebut, kompaun sebanyak RM200 akan dikenakan.
Katanya, menurut peraturan, cermin kenderaan pada bahagian sisi perlu melebihi 50 peratus dan 70 peratus kecerahan pada bahagian depan dan belakang kenderaan. - Bernama

sumber:Kosmo online 20/1/2011

1 comment:

Panglima Hitam said...

setuju... kalau x de penjual dah tentu le pembelinya x de