Tuesday, March 15, 2011

Cerita pasal Bloglist

KM7 percaya kebanyakan blog
mempunyai bloglist.
Tak kiralah banyak atau sedikit
blog yang tersenarai dalam bloglist tersebut,
yang pastinya bloglist tersebut ada fungsi
dan kelebihannya.

Antara kebaikan bloglist ni...
pemilik blog boleh melawat terus
blog yang tersenarai dalam bloglist mereka.
Kita juga dapat melihat 
update terbaru dari blogger.
Selain itu pengunjung setia blog kita
mungkin akan turut melawat blog 
yang tersenarai dalam bloglist kita.

Seronok kan kalau blog kita
tersenarai dalam blog blogger lain,
kemudian ada pelawat yang 
datang ke blog kita apabila melihat
link blog kita dalam bloglist blogger lain.

Justeru, bertukar-tukar link 
dalam bloglist adalah satu cara positif 
untuk meningkatkan trafik.
jangan hanya sebelah pihak ajer
menyenaraikan link dalam bloglist...
kesian...bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi
cewahh...ayat romantik sikit...

Kepada yang sudah senaraikan
blog KM7 dalam blog mereka,sila maklumkan..
nanti KM7 akan masukkan link blog anda
dalam bloglist KM7 juga.
Sebab orang berbudi kita berbahasa...

Kepada yang sudah buang link
blog KM7 dari blog anda..ishhh sedihnya...
(apa nak buat...orang dah tak suka...)
maka KM7 dengan berat hati
akan delete juga link berkenaan.

Oklah...
sekian terima kasih.

3 comments:

penaberkala said...

blog km7 ada kat bloglist sejak dari peraduan jom mengarang dulu lagi
sampailah sekarang,haha

betul tuh, mutualisme tu penting dlm berblogging

Cikgu Nurin said...

KM7 sentiasa ada dalam bloglist saya..jangan cedey...

mrs.sabri said...

jgn risau,blog cikgu sentiasa ada je dlm senarai bloglist saya.. :)