expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 28, 2011

Alamak...malunya!

Pokok Semalu yang pemalu
Ahh...apa yang hendak dimalukan!Memang ada dalam kalangan kita ni yang pemalu orangnya.Malu banyak perkara malu.Ada yang malu untuk berkata-kata.Ada yang malu untuk bertemu seseorang.Ada juga yang malu untuk makan banyak depan orang ramai.Pendek kata...macam-macamlah yang boleh dimalukan.

Kenapa seseorang itu mempunyai perasaan malu?Adakah sifat malu ini sudah lumrah atau sengaja dibuat-buat?Seringkali wanita sinonim dengan perasaan malu ini sehingga digelar golongan yang pemalu.Kalau lelaki jenis pemalu..camana pula tu!

Kalau nak malu...biarlah bertempat.Jangan pula semua perkara nak dimalukan.Contohnya malu untuk bertanya...haaa....kalau malu bertanya nanti sesat jalan.Baru padan muka.Malu nak makan...lapar kau!.Kalau tak ada rasa malu langsung pun bahaya juga.Nanti digelar muka tak malu.Elok saja kalau  malu-malu kucing....

Perkara paling tragis...apabila kita dimalukan.Tambah-tambah lagi kalau dimalukan di khalayak ramai.Tuhan saja yang tahu perasaan kita pada masa tu.Pengajarannya...janganlah memalukan orang lain kerana suatu masa nanti kita juga bakal dimalukan!

9 comments:

  1. alamak! malu-malu kucing? itu tiada kejujuran.....hehehehh

    ReplyDelete
  2. sentuh je tunduk,sentuh je tunduk.. :)

    ReplyDelete
  3. alaa..akk malulaa nak komen:))

    ReplyDelete
  4. pokok semalu
    masa kecik selalu main

    ReplyDelete
  5. jadi macam pokok semalu tak pa lagi dari jadi pokok temucut...menyusahkan orang nak buang temucut kat seluar..haha

    ReplyDelete
  6. malu depan orang memang tak boleh blah. nak nak terjatuh ke tersungkur ke tersalah orang ke. memang tak tahu nak sorok muka. panas macam kena simbah minyak cap kapak. hhehehe

    btw salam ziarah. blogwalking malam2^^

    ReplyDelete
  7. bunga pokok semalu sangat cantik...macam anak dara (dolu2) kalau malu sikit2 tunduk..tp jgn main2 berduri...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.