expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 16, 2011

Perlukah Pusat Asuhan Anak di tempat kerja?

Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja.Pada masa ini,di manakah anak-anak anda?Bagi anak-anak yang bersekolah,maka di sekolahlah mereka.Bagi yang masih kecil...tentunya berada di Pusat Asuhan Anak atau nursery.Kali ini KM7 akan berkongsi cerita pasal anak-anak di nursery.

Sedar atau tidak,nursery sangat penting buat ibu bapa yang bekerja.Maklum sajalah....sehari suntuk kita di tempat kerja,maka nursery lah tempat bergantung harap untuk menjaga anak-anak kita.Bayaran bukan soal utama asalkan keselamatan anak-anak terjaga.

Alangkah bagusnya kalau di tempat kerja masing-masing disediakan satu pusat asuhan untuk anak-anak pekerja.Jadi pekerja boleh terus ke tempat kerja bersama anak tanpa perlu berkejar ke tempat penjaga.Kan dapat menjimatkan masa dan kos petrol.Lagipun kalau dah berada satu tempat ni...boleh memberi ketenangan jiwa kepada kita yang bekerja.Tapi jangan pula ada yang mengambil kesempatan kerap melawat anak sehingga menjejaskan produktiviti kerja.

Penyediaan pusat asuhan anak di tempat kerja juga rasanya dapat mengurangkan masalah berhenti kerja dalam kalangan wanita.Betul tak?Sebab ada wanita yang berhenti kerja semata-mata untuk menjaga anak-anak mereka di rumah.Bukankah ini akan merugikan tenaga kerja negara?

Tidak dinafikan penyediaan pusat ini akan meningkatkan kos operasi sesebuah organisasi.Tapi untuk jangka masa panjang,KM7 rasa...ianya sangat berbaloi.Anda pula bagaimana?

2 comments:

  1. bui sangat setuju kalau dekat tempat kerja ada nursery..senang nak tengok2 anak bila free..hehe

    ReplyDelete
  2. nak implementasikan pusat asuhan agak susah jika di syarikat2 swasta...kalau syarikat besar mungkin tiada masalah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.