Tuesday, June 14, 2011

Wanita muda tidak kisah bermadu sudah jadi trend

KUALA LUMPUR 13 Jun - Rela hidup berkongsi kasih atau bermadu kini menjadi trend bagi wanita berusia di bawah 30 tahun kerana kebanyakan lelaki yang sudah berkahwin kukuh dari segi kewangan.
Pegawai Psikologi Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaiton Mohd. berkata, mereka memilih lelaki yang sudah berkahwin kerana mahu bergantung hidup dengan golongan itu.
 "Lelaki yang sudah berkahwin juga lebih matang dan emosi lebih stabil berbanding dengan lelaki muda," katanya.
Laporan Khas Utusan Malaysia yang disiarkan hari ini mendapati wanita muda di negara ini terutama yang berusia bawah 30 tahun lebih terbuka untuk hidup bermadu berbanding mereka yang melepasi usia tersebut.
Kaji selidik rambang akhbar ini terhadap 400 responden sekitar ibu kota mendapati, walaupun jumlah menentang poligami melebihi kumpulan yang menerima, namun golongan wanita muda tidak lagi kisah hidup bermadu.

Tambah Zaiton, ibu bapa juga lebih bersikap terbuka dan tidak kisah dengan pandangan masyarakat mengenai hidup bermadu dan ia menjadi perkara biasa pada zaman sekarang.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Ratna Roshida Ab. Razak berkata, perkara itu menjadi trend sekarang kerana wanita muda inginkan lelaki yang banyak pengalaman dan boleh menjaga rumahtangga dengan baik.

"Suami orang lebih matang dan berpengalaman tentang soal perkahwinan berbanding lelaki yang belum berkahwin.
"Apa yang dilihat pada hari ini, kadar penceraian yang tinggi berlaku di kalangan wanita yang berkahwin dengan lelaki muda kerana mereka tidak pandai mengawal emosi," katanya.
Menurut Presiden Kelab Wanita Perak Bahagian Kuala Lumpur dan Selangor, Datuk Siti Hendon Chik pula, trend lelaki berusia berkahwin dengan wanita muda tidak harus digalakkan kerana ia menyebabkan keruntuhan sesebuah keluarga.

Jelas Siti Hendon, wanita muda seharusnya mencari pasangan hidup yang sebaya untuk berkongsi dan mempelajari pengalaman hidup berumahtangga dan bagi lelaki berusia pula, mereka seharusnya lebih matang dan memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga.
"Perbezaan usia di antara golongan muda dan yang berusia mengundang masalah pada masa akan datang kerana perbezaan cita rasa dan pemikiran," katanya.

Sumber:Utusan Online 14/6/2011

11 comments:

ahsfantasy24 said...

hehe..
cigu, ni suara yg memadukan..
cbe tnye yg dimadukan?

sme gak mcm jwapan perampas..
cbe tny yg dirampas?

hehe.. macam2 dunia :)

KM7 said...

ntahla dunia hari ni macam2...
tak apalah asalkan bahagia.hehe

~bUih-bUih ciNta~ said...

wanita muda sanggup bermadu sbb sng nak rmpas suami org kn...kalo dh jdoh tu nak buat mcm mne, but my opinion seeloknya kita elak la dri ada skandal dgn suami org kn..juz my opinion yg xmatang..:)

Mrs.Yie said...

ada budak sekolah minat kat suami saya masa dia mengajar silat kat sekolah..siap bagi nombor tepon..hahaha..kelakar je..nasib baik suamiku imannya tebal macam kulit durian..kikiki

ghab van hal said...

patutla saye single lagi. diorang gile bermadu rupenye..:(

KM7 said...

mrs Yie...hati2...kot2 dlm diam2 masih ada yg menaruh harapan.huhu..

ghab...kesian kan...lelaki muda tak boleh kahwin awal dah lepas ni..

Freaky said...

hehe cikgu nak tambah madu ke ?

Aida Omar said...

x sanggup...kalau terpaksa ape boleh buat. :)

Fadzli Amir said...

Salam..hehehe..mampu senyum je....

Afiq Din said...

wah... lmbat lgi la si bujang nk kawen cm ni

Khairil said...

suka dengar lagu madu dan racun...