Tuesday, July 19, 2011

Cenderahati:Beli atau tidak?

Seronok memilih cenderahati

Kalau pergi ke sesuatu tempat....atau dengan kata lain pergi melancong...jangan lupa membeli buah tangan atau cenderahati untuk dibawa pulang.Kalau ditanya kenapa mesti membeli buah tangan?haaa...jawabnya senang jer..sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri mahupun buat orang-orang tersayang yang tak ikut sama semasa kita melancong tadi.Betul tak?

Bagi yang menyimpan cenderahati tu dengan baik...baguslah.Tapi bagi yang ada anak-anak kecil ni,rasanya tak lama barangan cenderahati tu dapat disimpan...mesti akan dijadikan permainan mereka sehingga rosak-binasa.Adusss...sedihnya.Sekali dua tu bolehlah larang atau halang...tapi dah lama-lama tu tak larat lagi...takkan nak simpan dalam peti besi kot!

KM7 berpendapat elok juga disimpan elok-elok cenderahati yang dibeli dari pelbagai tempat yang dilawati tu.Mungkin suatu hari nanti cenderhati tersebut dapat membantu pemiliknya mengimbau nostalgia lama.Bagi yang berkemampuan,bolehlah membeli cenderahati dan dihadiahkan kepada saudara-mara mahupun kawan-kawan.Biarpun harganya murah...tapi tanda ingatan tu penting.

Kalau  yang menerima cenderahati tu banyak komplen...lain kali tak payah beli lagi untuk dia.Hehe..kesian...Apa...ingat senang ker nak pilih cenderahati ni?susah...tambah-tambah lagi kalau ada banyak sangat pilihan.Masalah juga timbul kalau banyak sangat orang yang difikirkan perlu diberi cenderahati tu.Tak beri kan...kecil hati pula!

3 comments:

izfanora said...

betul2.. kena beli utk kenangan. biasanya, beli yg magnet lekat kat peti sejuk tue. pe ntah nmanyer.. bila buka peti sejuk, tgk benda tue, teringtlah tempat yg dilawati.. :)

Khairil said...

selalu beli key-chain...atau modal banyak beli baju T...

Albenz said...

heeheee...susah2 beli key chain jer banyak2 lpas tue kasik kat org..saya lak mustie beli baju kat anak buah ngan key chain yang paling pelik ada kat situ..perkara wajib..:D