Monday, July 25, 2011

Ini kisah kasut

Kasut....biarpun dipakai di kaki,namun ada yang sanggup berhabisan wang untuk membelinya.Ahh...siapakah yang memiliki kasut-kasut mahal itu?Kalau bukan kita...tentunya orang lain...Bagi lelaki,mungkin tidak sekerap wanita dalam soal menukar kasut.Rasanya ada yang memakai kasut tu sampai koyak baru tukar yang baru.Golongan wanita sering menggayakan pelbagai kasut mengikut warna baju...Hmmm nasib baik lelaki tak macam tu.

Soal berapa pasang kasut yang dimiliki...bergantung kepada jenis pekerjaan yang  kita lakukan.Juga bergantung kepada jenis aktiviti yang diceburi.Mahal atau murah....tengoklah kepada keupayaan kewangan masing-masing.Janganlah ada yang sanggup berhutang semata-mata nak beli kasut baru,sedangkan kasut lama masih elok.

Kat sini KM7 nak kongsi satu gambar kasut yang menarik....(sila lihat di bawah).Kasut ni bukan untuk dipakai,cuma sebagai cenderahati.Nampak cantik kan!Sebenarnya kasut tersebut didatangkan dari negara China.Harganya RM 25 untuk sebelah.Dah nama untuk perhiasan...maka beli sebelah pun dah cukup kan...Lagipun memang tak dijual sepasang pun...bimbang ada yang cuba pakaikan untuk anak-anak kecil.Hehe...

Kasut dari China

8 comments:

SoLy SoLicious said...

nak pakai mcm xselesa aje tapak tuh..heheee...mmg ptut buat hiasan tuh

Azie Azman said...

wah mahalnye..
kalau beli sepasang harganya dah boleh beli sepasang kasut betul ;)

messy_mess said...

kasut keperluan hidop ... kalau bukan kasut, selipar penggantinya ...

Khairil said...

cantik2 le kasut2 ni...cikgu simpan dimana?..dalam almari display ke?...

KM7 said...

simpan dalam kotak kat kedai..haha

sha my heart said...

comel la.. mahalnya kasut ni.
lebih baik beli kasut utk pakai. haha~ dasar tak de duit, mcm ni la.. :P

PORUMAN said...

koleksi yg menarik... hjg bulan ni plan nak bli kasut bru..hihihi

bella luna said...

yup,siyesly comel kan sha?lau jual sepasang dah lame beli sarung kat anak patung,hehe