Tuesday, August 23, 2011

Lagu raya lama lebih Nostalgia

P. Ramlee

Dendang Perantau

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

( ulang korus hingga akhir )


Seminggu lagi nak raya......lagu-lagu raya dah banyak dimainkan di corong-corong radio.Begitu juga di pusat beli-belah..meriah betul dengan pelbagai rentak lagu raya.Apapun KM7 percaya lagu-lagu raya yang lama-lama ni lebih meninggalkan nostalgia.Biarpun ada lagu-lagu raya baru ni yang sedap didengar,namun kalau dengar lagu lama ni...rasa lebih bermakna hari raya tu.

Dalam banyak-banyak lagu raya...hari raya kita lebih sinonim dengan lagu Dendang Perantau nyanyian P.Ramlee.Begitu juga dengan lagu Dari Jauh kumohon Maaf nyanyian Sudirman.Tak lengkap rasanya kalau tak dengar kedua-dua lagu ni apabila nak menyambut hari raya.

Kepada yang berjauhan dengan keluarga...mesti sayu mendengar kedua-dua lagu tersebut kan!

4 comments:

Mrs.Yie said...

kebetulan lebih kurang sama entri ngan saya hari ni..hehe :)

qamarguyz said...

Salam ziarah..
betul..tak ada galang ganti..huhu

Nyway sy nak minta jasa baik & sokongan rakan-rakan blogger sikit boleh? Lawati link di bawah & vote di bahagian poll & comment (cari responses ke-36) untuk laman qamarguyz.blogspot.com - Aksara Cinta Ilahi.. ‘Tinta hamba..menuju Yang Esa’..Thanz yer =)

http://komuniti.2dayblogger.com/undian-tagline-blog-terbaik-2011/

pamie said...

lagu raya evergreen lagi best..hehe

Khairil said...

lagu raya baru tak ada feel...memang lagu lama mempunyai nilai tersendiri....