expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, August 27, 2011

Selamat pulang Perantau

Gambar Hiasan:Google
Semarak bahang hari raya kian terasa.Kebanyakan warga kota mula kembali ke desa.Anda pula bagaimana?Tak balik kampung ker hari ni?Atau memang dah menetap di kampung?

Biarpun hari raya di sambut di mana-mana saja,namun sambutan di kampung pasti lebih meriah.Dengan kehijauan desa dan ramah-tamah penduduk pasti memberikan satu suasana yang menyeronokkan.

Bukan senang nak berjumpa dengan sanak-saudara dan teman-teman lama kalau bukan di hari raya.Maklumlah masing-masing sibuk di bandar.Jadi peluang cuti pada hari raya inilah patut digunakan sebaik mungkin.Bagi yang sudah berkeluarga tentunya soalan pertama...berapa anak sekarang?Soalan sensitif...berapa isteri sekarang!

Kepada perantau yang pulang ke kampung...berhati-hatilah di jalan raya.Semoga kepulangan anda kali ini menggembirakan semua yang menanti.Masing-masing pulang beraya dengan penuh bergaya.Ada yang berkereta baru,ahli keluarga baru dan segala-galanya baru.Seolah-olah satu pesta menunjuk-nunjuk pula kepada orang-orang kampung.

Jalan-jalan di kampung mula sibuk dengan kenderaan-kenderaan dari kota.Ibu bapa mesti bangga dengan anak-anak yang pulang beraya dengan kereta mewah, ataupun sekurang-kurangnya kereta baru.Tak tanya ker...kereta sendiri ker tu,atau kereta sewa pandu!Ahh..biarlah...nak bergaya setahun sekali.

Pendek kata,suasana meriah di kampung mula terasa.Dalam masa seminggu dua ni,jalan raya di beberapa buah bandar di Kelantan ni memang agak sesak.Rasa malas pula nak keluar rumah dalam suasana kesesakan jalan raya ni!

5 comments:

  1. selamat balik kampung bro..salam lebaran :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya..

    ReplyDelete
  3. kalau takder hari raya...agak2 bile kita boleh lihat situasi sebeginikan....

    ReplyDelete
  4. salam cikgu...nape ip address saya kene banned kat shoutbox..huhuh

    ReplyDelete
  5. saya suka tgk semua orang bersemangat hari raya ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.