expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 13, 2011

008 Solat hajat di tapak rumah

Solat hajat
Sebelum kerja-kerja pembinaan rumah bermula, diadakan solat hajat
bertempat di tapak rumah.
Memandangkan solat hajat ini diadakan pada hari bekerja
maka tak ramai yang dijemput, sekadar keluarga terdekat sahaja.

Persegaran selepas solat hajat
 Selepas solat hajat, disediakan sedikit makan pagi


Acara makan-makan
Makan jangan tak makan...sedap tu 
macam berkelah pula jadinya


Pulut kuning sebagai buah tangan
Pulut kuning disediakan sebagai buah tangan kepada mereka yang
menyertai solat hajat dan yang hadir dalam majlis tersebut.
Semoga mendapat keberkatan daripadaNya.


11 comments:

  1. semoga kerja2 pembinaan mahligai cikgu lancar...amin...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..semoga segalanya akan berjalan dengan lancar..memang seronok bila dapat bina rumah sendiri..hari2 nak tengok.

    ReplyDelete
  3. terima kasih..betul tu..hari2 nak tengok perkembangannya

    ReplyDelete
  4. buat rumah atas tanah sendiri memang seronok tapi dugaannya banyak jugak,muaz kat setahun baru selesai...Alhamdulilah rumah siap dlm masa dua bulan je...yng lambat urusan dgn pejabat tanah dan perbendaharaan......

    ReplyDelete
  5. salam abang...

    ini pertama kali saya datang sini, kenapa ban ip saya di shoutmix? adeii...

    ReplyDelete
  6. dah tak tertahan rasanya teringin makan pulut kuning...
    nak buat tak reti..:p

    ReplyDelete
  7. muaz...cepatnya buat rumah 2 bulan jer...wah hebat!

    simanis...KM7 tak ban sesiapa pun.mungkin ada masalah teknikal tu.jgn serik...dtglah lg.

    diana..buat jer pulut tu..tak cuba tak tahu kan..

    ReplyDelete
  8. kontraktor cina.....dua bulan siap...sabtu ahad dia orang kerja jugak...mula kerja pukul 8 pagi-5 ptg.hasil kerja pun berkualiti..cuma harga tu mahal sikitlah dari kontraktor melayu.mesti tak sabar nak tunggu rumah naik kan....

    ReplyDelete
  9. muaz...mahal sikit takpe kan..janji hasilnya berkualiti dan menepati masa yang dijanjikan.
    yer la..tak sabar tunggu rumah naik ni.hehe

    ReplyDelete
  10. semoga pembinaan rumah cepat dan lancar :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.