expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 27, 2012

Mengumpul sampul duit raya 2012

Amacam...banyak ker duit raya tahun ni?Soalan yang sesuai ditanya kepada kanak-kanak atau pelajar sekolah saja yer.Bagi yang dewasa...soalannya...banyak ker habis duit raya tahun ni?hehe...Apapun persoalannya,saya rasa masing-masing dah tahu jawapannya.Entri kali ni bukan nak cerita pasal duit raya,tapi pasal sampul duit raya.Gambar kat atas tu adalah sebahagian daripada  sampul duit raya yang anak-anak saya dapat pada tahun ni.Agak-agak...berapalah duit raya mereka tahun ni yer?Hmm..biarlah rahsia.Sejak mendapat pelbagai jenis sampul duit raya ni,saya rasa seronok pula menyimpannya..saksikan...


Kebanyakan sampul duit raya terkini adalah mewakili bank,syarikat atau agensi tertentu.Setiap tahun ada saja rekabentuk yang baru.Rasa rugi pula tak kumpul sampul duit raya dulu-dulu.Kalau ada lagi sampul dulu-dulu..mesti nostalgia tu!

 Kad raya pun dah jarang diterima,jadi eloklah menyimpan sampul duit raya.....betul tak?
Pelbagai corak,warna dan reka bentuk sampul-sampul ni
akan mengembalikan nostalgia hari raya.

 Saya percaya kos untuk menghasilkan satu-satu reka bentuk sampul duit raya ni
bukanlah murah,jadi apa salahnya kalau kita simpan sampul-sampul tu elok-elok 
untuk tatapan generasi akan datang.

 Tidak terkecuali watak-watak kartun terkini pun menjadi penghias sampul duit raya.
Kalau ada sesiapa yang mempunyai koleksi sampul duit raya yang lebih tu...bolehlah
bagi kat saya yer.hehe...jangan dibuang sampul-sampul yang cantik tu...

Nampak tak satu sampul duit raya yang special tahun ni?
Pastinya sampul duit raya saya sendiri yang berwarna purple tu.
Masih terdapat dalam koleksi saya...ada sesiapa nak sampul KM7 tu?
Jom kita tukar sampul duit raya...Sampul jer...tapi kalau nak masukkan duitnya sekali,
itu lagi bagus kan....

11 comments:

  1. hehe. mesti cikgu recycle je kan sampul tu. nok etep duit rayo. huhu

    ReplyDelete
  2. wahhhhhh banyaknya..... siap melopong mulut ni..

    ReplyDelete
  3. rajin nya mengumpul, jaa kalo dpt pon, amik isi terus buang jer..hikhik... btw, comey jer angpau km7 tuh!

    ReplyDelete
  4. Salam KM7.

    Nampak cantik plak bila da kumpul bnyk2 tu. Tahun ni, lana dapat banyak smpul raya yg bank islam n cimb punya.

    Sampul jela bnyk,duit raye, sikit,heh3

    ReplyDelete
  5. Buat koleksi sampul raya..bagus gak hobi tu untuk tatapan generasi akan datang ...

    Jemputan rasmi buat anda…
    Promosi sikit……hehehe
    Dijemput sertai segmen saya ini:
    http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html

    ReplyDelete
  6. Idea yang baik...
    Sampul angpau ni pun boleh tahan jugak cantiknya...

    ReplyDelete
  7. mai joint group "kelab sampul duit raya"
    yg saya wujudkan dlm facebook.
    ramai yg punyai hobi yg sama.

    ReplyDelete
  8. mai joint group "kelab sampul duit raya"
    yg saya wujudkan dlm facebook.
    ramai yg punyai hobi yg sama.

    ReplyDelete
  9. mai joint group "kelab sampul duit raya"
    yg saya wujudkan dlm facebook.
    ramai yg punyai hobi yg sama.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.