expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 25, 2013

Kembali pada Asas bersama Hufaz


Memperkenalkan Aizat Jaafar,bekas pelajar SMKAM SPM 2002.Masa sekolah dulu dialah solo kumpulan nasyid sekolah Shoutul Haq dari tingkatan 2 hinggalah tingkatan 5.Minat mendalam dalam bidang nasyid ini diteruskan lagi di peringkat universiti.Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini  sedang berkhidmat sebagai Pengurus Acara di Nasyeed.Com.

Bakat dan minat Aizat dalam bidang nasyid yang bermula di peringkat sekolah tidak disia-siakan begitu saja.Kini beliau tampil bersama kumpulan Hufaz dengan album nasyid kontemporari.Menurut Aizat,Album "Kembali pada Asas" merupakan titik tolak dalam industri nasyid tanah air dan merupakan aset untuk terus berdakwah dalam aliran seni muzik tanah air.


Inilah kumpulan Hufaz yang disertai oleh Aizat.Bagi mendengar lagu-lagu daripada album Hufaz,anda bolehlah melayari www.loonaq.my. "Saya teringin mengadakan konsert di dewan SMKAM,sebagai mengembalikan nostalgia bersama kumpulan nasyid sekolah dahulu"katanya mengakhiri perbualan.Tahniah Aizat dan Hufaz.Semoga anda terus berjaya dalam industri nasyid tanah air.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.