expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, February 8, 2013

Kuntuman pertama sudah berbunga


Pagi Jumaat yang ceria.Bangun pagi ni...tengok kat luar rumah,wah.....sudah berbunga pokok bunga raya yang saya tanam bulan lepas.Alhamdulillah,bunga pertama berwarna oren,kuning,merah.Masa tanam dulu tak tahu pula warna apa.


Saya tanam dua pohon,tapi sepohon lagi tu nampak macam tak berapa sihat.Harap-harap lepas ni akan mengeluarkan bunga juga.Begitu indah ciptaan Tuhan.Saya melihat perkembangan pokok ni di depan mata.Bermula dengan kemunculan putik bunga,sehinggalah kuntuman pertama ini berkembang.

Beberapa hari lagi rasanya akan muncul beberapa kuntum lagi bunga raya,memandangkan putik bunganya sudah ada.Tak sia-sialah beli pokok ni,ada hasil penyeri laman.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.