Saturday, April 13, 2013

e-rokok dan generasi muda

BH 13.4.13
e-rokok bukanlah sesuatu yang baru lagi sekarang ni.Sudah ramai yang mengenali mahupun menggunakannya.Penciptaannya mungkin bagus untuk mengurangkan risiko kesihatan bagi perokok tegar, namun sedar atau tidak e-rokok telah membawa kepada fenomena baru kepada perokok baru yang mula berjinak-jinak untuk merokok.

Anak muda memang sukakan sesuatu yang baru.Sikap ingin mencuba menyebabkan mereka mengambil e-rokok ini.Tidak mustahil perkara ini akan menjadi trend baru kepada generasi muda.

Saya berpendapat,sesuatu yang lebih positif perlu difikirkan untuk menghalang generasi muda daripada terlibat dengan penagihan rokok mahupun e-rokok.Generasi tua patut menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda dengan tidak merokok.Merokok perbuatan yang sia-sia,membazir dan merosakkan kesihatan.Ayuh....berhentilah merokok!

1 comment:

Mia Liana said...

susah nak cakap... huhuhu