Saturday, April 6, 2013

Sweet Beach Resort,Tok Bali



Penat! Baru jer habis hari keluarga peringkat sekolah.Program 2 hari yang bermula 5 April dan berakhir 6 April ini diadakan di Sweet Beach Resort,Tok Bali,Pasir Putih.Macam-macam aktiviti ada.....BBQ!mandi kolam,sukaneka dan pelbagai pertandingan untuk kanak-kanak dan dewasa.


Anak-anak memang suka datang ke sini kerana dapat mandi kolam.hmmmm...kalau buat satu kolam mandi macam ni kat depan rumah kami mesti best! Cuaca panas sekarang ni tak dihiraukan budak-budak ni...terus mandi di kolam.Warna kulit dah hitam kes berjemur di kolam.hehe.

Apapun hari keluarga memang best,dapat mengenali ahli keluarga rakan sejawat dengan lebih rapat lagi.Ok....berehat dulu.Entri akan datang saya akan paparkan gambar-gambar  menarik sekitar hari keluarga ini.

1 comment:

Shaiful Zaidi said...

salam..belum pernah sampai Tok Bali lagi...mesti best kan?