expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 29, 2013

Peralatan sekolah baru


Semakin dekat nak melangkah ke tahun baru, semakin banyak pula benda yang nak dibeli. Macam dah jadi kebiasaan pula setiap kali nak buka sekolah maka peralatan sekolah pun mesti baru. Saya rasa tak jadi masalah sangat kan...sebab bukan selalu pun beli barang-barang tu.

Hari ini saya meluangkan masa dengan anak-anak membeli  beg dan peralatan tulis pula. Itulah hasilnya pencarian kami hari ini.huhu...Terbang juga RM 200. Nampak macam sikit jer barang. Itulah hakikatnya...barang-barang dah mahal sekarang ni, bukan macam zaman kita sekolah dulu.



Pilihan Ardini...semestinya yang warna pink.  Tahun lepas beg princess..kali ni 
Hello kitty pula
Kotak pencil pink...RM 10.90

Lagi gambar...



Pilihan Imdad. Nak beg adidas pula...kotak pensil biru brand sama 
dengan Ardini



Beg hitam Planes tu untuk Sadiq..Imdad yang pilih untuk adiknya.
Kotak pensil dan beg hitam yang trendy tu saya punya...hehe..
Ingat budak sekolah jer ker nak baru...cikgu pun apa kurangnya...haha...

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.