Friday, December 27, 2013

Pink untuk perempuan !


Ahh...macam satu kebetulan pula apabila semua berbaju pink...bak kata orang putih, pink colour! Dah agak dah..perempuan mesti suka warna pink. Tak kiralah untuk pakaian, bilik tidur mahupun alat tulis sekolah mereka. Gambar kat atas tu saya rakam semasa majlis makan-makan (untuk ahli keluarga terdekat) kat rumah saya baru-baru ni. Mereka dari 5 keluarga berasingan, secara kebetulan memakai baju pink.

Bercakap pasal warna, sejak bayi lagi ibu bapa suka pakaikan baju serta membeli kelengkapan bayi perempuan mereka dengan warna pink. Kenapa yer? Mungkin warna pink ni nampak lembut dan sesuai untuk anak perempuan. Lagipun pink dah sinonim dengan perempuan.Macamana kalau ada lelaki pakai baju pink...mesti nampak "jambu" hehe..siapalah yang beri gelaran jambu tu....

Saya sendiri pun tak ada koleksi baju pink. Kadang-kadang nampak cantik juga tengok lelaki berkemeja pink ke tempat kerja.  Tengoklah nanti kot-kot terbuka pintu hati nak pakai kemeja pink ke sekolah.hehe...Biarlah orang nak kata apapun.yang penting baju baru dan cantik...Ker camana?

3 comments:

Akeyla Azmi said...

Hehehhe tak kisah. Asalkan selesa. Bukan cantik je huhuhu :D

Sukma Haron said...

cantik jer pink kaler nie...soft color.....

Faizuddin Hashim said...

Okay kalu lelaki pakai baju pink. Tapi tengok kulit laa. Kalu kulit cerah okay jer. Ramai doh hok mula berani pakai baju pink. Huhu