Sunday, February 9, 2014

Kereta Kuda di pantai Irama


Tarikan terbaru di pantai Irama Bachok ialah kereta kuda, dan beberapa jenis permainan lain seperti dalam gambar di bawah. Pengunjung akan dapat merasai keseronokan pengalaman menaiki kereta kuda dan sebagainya ini terutamanya pada hari Jumaat dan Sabtu, iaitu hari cuti umum bagi negeri Kelantan.



Bagus juga idea mengadakan permainan ini dengan kadar yang berpatutan. Kalau nak naik kereta kuda tadi, bayarannya RM 3 seorang. Manakala permainan lain tu tak pasti pula..Sekurang-kurangnya pengunjung pantai Irama mempunyai pilihan untuk aktiviti lain selain bermain ombak laut. 

Cuma satu perkara yang saya rasa perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib ialah dari segi kebersihan kawasan pantai dan sekitarnya. Saya dapati banyak plastik dan pembungkus makanan,minuman bertaburan di merata tempat dibawa angin. Tong sampah hanya di kawasan tertentu sahaja, dan memang tidak ada langsung di kawasan tumpuan orang ramai terutamanya di kawasan lapang berhampiran pantai.



Salah satu pemandangan yang menarik di pantai Irama




Anak-anak memang tidak melepaskan peluang untuk bermain ombak di gigi air.



Penat bermain air laut, boleh singgah makan dan minum. Banyak kedai yang menjual 
makanan laut yang siap digoreng. ABC dan Air jagung dalam gambar kat atas tu 
RM 3 semangkuk...sedap!



Pilihan kami,..RM 15 





Bagi yang berpeluang datang ke Kelantan, singgahlah di pantai Irama,Bachok.

4 comments:

fatin wawa said...

bestnya kereta kuda tu..

Akeyla Azmi said...

Amboi kereta kuda tu best,
makan best, nakk gakk ehehehe

nurulhuda alias said...

PCB jauh beruboh :D

http://vitaminboutique.blogspot.com/

shaliza said...

Betul tu..plastik mmg bertaburan kat kawasan lapang tu...tapi sbg pengunjung pun kena juga bertanggungjawab...klu harapkan majlis mmg susah la nk tengok bersih:-)